CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 20, 2009

Berpuluh ribu menghadiri Seruan Rejab Hizb ut-Tahrir di Masjid Al-Aqsa

Pada hari Jumaat 17 hb Julai 2009, bersamaan dengan 25hb Rejab 1430H, Hizb ut-Tahrir telah mengadakan perhimpunan sebelum menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al-Aqsa. Berpuluh ribu umat telah hadir di mana kelihatan sepanduk-sepanduk berkibaran dan bergantungan di sekitar tempat suci bagi menyeru diwujudkan kembali Khilafah yang akan menegakkan agama Allah dan menyatukan seluruh kaum Muslimin.

Sunday, July 19, 2009

Layakkah Kita Bergelar Saudara?

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.

Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

* * *

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.

Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.

Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”

“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.

“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!”
Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.

* * *

“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”

“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!”
Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.

“Ya sayang...”

“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.

“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”

Nur Laili diam.

“Umi..”


“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”


Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.

Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”


Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”


“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”


Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.

Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.


Friday, July 17, 2009

'Syuhada Hijab' - Pergimu Tanpa Pembelaan Para Syahid

Perhimpunan umum bagi memperingati ‘syuhada hijab’ bakal berlangsung di Kaherah

Perhimpunan bagi bantahan berterusan dijangkakan akan diadakan di Kaherah lanjutan dari kes seorang wanita Mesir yang dibunuh di dalam sebuah bilik sidang mahkamah di Jerman minggu lepas. Wanita itu di beri gelaran sebagai ‘Syuhada Hijab

Laporan mengatakan, Canselor Jerman, Angela Markel akan mengucapkan takziah di atas kematian Marwa Sherbini kepada pemimpin-pemimpin Mesir, pada Persidangan Kemuncak G-8 di Itali akan datang.

Marwa Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali di hadapan suami dan anaknya di dalam mahkamah itu oleh seorang lelaki yang disabitkan kesalahan jenayah membenci kaum.

Salah seorang wartawan BBC berkata, kemarahan semakin memuncak dan tapak-tapak perjumpaan sosial telah di gunakan untuk menganjurkan demonstrasi tunjuk perasaan.

Beribu-ribu hadirin yang amat marah dan meratapi kekejaman itu telah hadir ke upacara pengebumian Marwa Sherbini di Alexandria, pada Isnin lalu. Terdapat banyak lagi perhimpunan bantahan yang di lakukan selepas Solat Jumaat di ibukota Mesir.

Ibu hamil yang berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak kecil itu telah dibunuh dengan kejamnya di dalam mahkamah Jerman oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman.

Lelaki itu sebelumnya telah didenda kerana memanggil Marwa sebagai “terroris” kerana menutup auratnya dengan pakaian Muslimah (Hijab) ataupun tudung kepala, dan beliau hadir ke mahkamah itu untuk membuat rayuan ke atas tuduhan terhadapnya.

Suami Marwa dilaporkan telah di tembak oleh seorang polis di mahkamah itu ketika beliau cuba menyelamatkan isterinya dari di tikam bertubi-tubi oleh penjenayah itu. Keadaan beliau di laporkan kritikal dan tenat di sebuah hospital.

Kebanyakkan dari para peserta demonstrasi menganggap kes ini sebagai satu contoh ekstrem Islamophobia bangsa Eropah, terutamanya kerana jenayah ini tidak diendahkan dari awal lagi oleh orang-orang Jerman dengan reaksi ‘membisu’ mereka.

Pada hari Selasa lalu, seorang jurucakap kerajaan Jerman, Thomas Steg telah mempertahankan reaksi itu dengan menyatakan bahawa kerajaan Jerman tidak “berdiam diri” dan reaksi spontan yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan kerana maklumat awal kes itu kurang jelas dan tidak mencukupi untuk mereka bertindak.
Ini adalah satu perbuatan keji, yang telah memberikan kami satu kesan yang mendalam dan amat memeranjatkan” tambah beliau.
Beliau mengatakan bahawa Canselor Merkel akan membincangkan mengenai insiden itu dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada Persidangan Kemuncak G-8 di Itali nanti.

Sumber: BBC News


Ulasan

Apakah perasaan kita apabila membaca kisah sebegini? SEDIH? MARAH? GERAM? Kisah tragis dan kelakuan biadap sebegini yang dilakukan ke atas Muslimah bukanlah satu perkara baru yang dihidangkan di hadapan mata kita. Penyelesaian yang diambil oleh umat Islam dengan hanya memilih ‘jalan aman’ ini juga bukanlah satu penyelesaian yang asing bagi kita setiap kali saudara-saudara Muslimah kita diperlakukan dengan kejam sebegini. Malangnya, umat Islam tidak pernah sedar, walhal ‘jalan aman’ inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus-terusan berani menghina wanita Islam.

Lupakah kita akan peringatan Allah Subhanahu wa Taala kepada kita tentang kedudukan golongan kafir yang akan membenci kita sehingga ke hari kiamat sebagaimana firmanNya “..telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu(mahu) memahaminya.” [TMQ Ali Imran(30:118]

Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.

Adakah kita merasakan, belum tiba saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan kaum Muslimah serta agama Allah ini dari dihina oleh musuh-musuh Islam??

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Muslimah ini dengan pemikiran dan perasaan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah dan sedih yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk membela kekejaman dan penghinaan yang dilakukan keatas Marwa Sherbini ini. Inilah perintah dari Allah Subhanahu wa Taala:

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].
Wallahu ‘alam bishawab

Monday, July 13, 2009

Novel baru...

ha,
sekarang nie aku tengah wat novel baru,
sb team...
cite2 sebenarku ialah ...
nak jadi young author...
hahaha
hope u all read this...

Wednesday, July 8, 2009

Kawan yang memahami...

Aku ade sorang kawan,
Dia baik sangat,
Hari~hari die belanja aku,
Dia sentiasa memahami aku,
Tapi sekarang ni die dah pindah,
Takpe aku redha.

Yea!!! Nak gi Johor...

Huhuhu...
Hari sabtu malam nie pukul 11.00 malam
aku balik jb...
ade urusan...
kitorang naik bas...

Sunday, July 5, 2009

Pembunuh Umat Islam Dijemput Datang?

KUALA LUMPUR 28 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia. Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam. Dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif. Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/06/09

Tindakan Najib menjemput Obama untuk melawat Malaysia menampakkan ketidak prihatinan Najib dengan pengkhianatan yang secara terang-terang telah dilakukan oleh Obama yang meneruskan polisi penjajahan idealogi Kapitalisme Amerika ke atas dunia Islam selama ini. Hanya mereka yang pemikirannya telah dikalahkan sahaja yang bersetuju untuk berbaik-baik dengan Obama. Obama merupakan individu yang mewakili negara Ideologi Kapitalisme. Beliau bukan hanya mewakili dirinya sebagai individu semata-mata. Sedarilah bahawa Obama itu adalah Amerika dan Amerika adalah negara Kapitalisme yang menggunakan penjajahan dalam pelbagai bentuknya sebagai jalan untuk menyebarkan ideologi Kapitalisnya.

Di tangan Obama begitu banyak darah umat Islam yang menitis dan mengalir hasil dari kekejaman yang dilakukan AS secara langsung mahupun tidak langsung, sudah tentu dengan restu Obama... Justeru itu siapakah Obama? Kawan atau lawan? Wahai Najib apakah kamu merasa begitu bangga dengan panggilan telefon yang kamu terima dari si pembunuh umat Islam yang merupakan saudara seIslam kamu? Apakah hujah yang akan kamu berikan di hadapan Allah SWT kelak? Sepatutnya Najib sebagai pemimpin muslim mencontohi keberanian panglima perang Islam Rub’i bin Amir ketika beliau bertemu dengan Rustum panglima perang Parsi. Antara kata-kata yang diucapkan oleh Rub’i kepada Rustum adalah:

” Allahubtaa’thna Linukhrija man syaa’ Min 'Ibaadatil 'Ibaad Ila 'Ibaadatillah Wamin Jauril Adyan Ila Adlil Islam Wamin Diiqiddunya, Ila sia’tiddunya wal aakhirah. (“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan kami untuk membebaskan manusia daripada mengabdikan diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah. Dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”).

Wahai Najib! Wahai pemimpin-pemimpin di dunia Islam saat ini! Apakah kamu akan terus mencari kemuliaan dari orang-orang kafir yang secara terang-terangan memusuhi Islam dan umat Islam? Sedang kemuliaan itu hanyalah disisi Allah SWT, RasulNya dan umat Islam. Firman Allah SWT

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun (63) : 8]