CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

Sah! Amerika Adalah Musuh Umat Islam

KABUL: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengaku empat orang yang dibunuh askarnya dalam satu serbuan bukan 'pejuang' selepas penduduk berkata mangsa adalah seorang ibu dan anaknya termasuk seorang bayi.

Pegawai dan saksi Afghanistan awalnya menuduh tentera membunuh penduduk awam dalam serbuan tengah malam kelmarin di wilayah Khost, tetapi tentera Amerika awalnya berkata membunuh 'empat pejuang.'

"Siasatan lanjut mengenai operasi tentera pakatan dan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (ANSF) di Khost awal hari ini menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera bukan musuh seperti dilaporkan sebelum ini. "Pasukan tentera pakatan bekerjasama dengan pegawai Afghanistan dan anggota keluarga menyampaikan takziah dan memberi bantuan berikutan kejadian tragik itu," kata tentera dalam kenyataan sambil menambah siasatan diteruskan.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian membabitkan penduduk awam dibunuh atau cedera diserang tentera antarabangsa yang berada di Afghanistan untuk memburu pejuang Taliban dan al-Qaeda. Ketua polis Khost yang bertanggungjawab dalam usaha menangani keganasan, cuma dinamakan Ghazuddin, memberitahu anggota tentera pergi ke kampung di luar Khost untuk memburu militan. Mereka memanjat bumbung beberapa rumah untuk mengepung bangunan yang menjadi sasaran.

Penghuni sebuah rumah, dimiliki seorang kolonel Tentera Kebangsaan Afghanistan yang berkhidmat di tempat lain, menyangka mereka adalah pencuri, keluar dengan senjata dan melepaskan tembakan.

"Tentera Amerika membalas tembakan kerana menyangka mereka adalah militan," kata Ghazuddin. AFP

Sumber : Berita Harian, 1/04/09

Sah Amerika Adalah Musuh Umat Islam

Apa lagi ulasan dan kata-kata yang kita boleh ungkapkan melainkan laknatullah kepada Amerika dan sekutu-sekutunya juga kepada agen-agen dan bonekanya, para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada negara pengganas nombor satu dunia itu. Mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan operasi ketenteraan untuk membunuh umat Islam. Apabila terjadi peristiwa seperti ini mereka tanpa rasa malu dan bersalah meminta maaf. Apakah kita sebagai umat Islam boleh menerima permohonan maaf mereka dengan sebegitu mudah? Hanya mereka yang munafik dan bersekongkol dengan Amerika sahaja yang boleh memaafkan tindakan biadab Amerika itu.

Sedarlah wahai umat Islam! Umat yang masih lagi merangkul aqidah Islam dalam hidup mereka! Hanya dengan keberadaan khalifah sahajalah umat ini akan mampu dan berupaya untuk mengajar kebiadaban dan kekejaman AS laknatullah! Campakkanlah jauh-jauh kebergantungan dan pengharapan kalian kepada pemimpin-pemimpin sekular umat Islam yang tunduk kepada kuasa kufur dan menjadi pengkhianat kepada Islam dan umat Islam. Hanya khalifah sahajalah yang layak dan mampu menjadi perisai dan pelindung kepada umat Islam. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Imam itu adalah perisai, dengan perisai itu umat berperang dan melindungi dirinya.” [HR. Muslim].

Ketahuilah di bawah pimpinan seorang khalifah, seorang imam yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia, seluruh pasukan tentera umat Islam akan disatukan dan digerakkan untuk menghentikan kekejaman AS. Khalifah akan membebaskan setiap jengkal tanah umat Islam dengan jihad, seperti yang pernah dilakukan sebelumnya oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Apakah kalian tidak merindui syurga Allah SWT? Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. [TMQ at-Taubah(9):111].

Wanita Terhebat Dunia

Apakah parameter yang menentukan kehebatan seseorang wanita? Adakah ia ditentukan daripada kedudukan kewangan mereka ataupun faktor-faktor lain?

Bagi majalah perniagaan terkenal, Forbes, mereka mempunyai cara perkiraan tersendiri dalam mencari senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia.

Bagi majalah ini kriteria yang menilai 'kuasa' seseorang wanita itu adalah kedudukan mereka sebagai sebahagian daripada profil awam.

Populariti yang dikaut hasil daripada hebahan di media termasuklah kedudukan kewangan serta pencapaian mereka dalam sesebuah negara juga menjadi penyumbang untuk dimasukan dalam senarai tersebut.

Selain itu, jawatan yang dipegang kini juga faktor menjadi penentu sejauh mana mereka layak digelar wanita terhebat di dunia.

Pemilihan yang dibuat tahun ini tidak begitu mengambil kira kedudukan kewangan wanita sebaliknya mereka yang berjaya dalam bidang kerjaya seperti ketua eksekutif, pemimpin masyarakat, pegawai terpilih dan pegawai atasan yang membuktikan mereka mempunyai pengaruh terhadap pengikut bawahan mereka.

Setakat ini mengikut senarai Forbes, takhta wanita paling berpengaruh di dunia masih diduduki oleh Canselor Jerman, Angela Merkel.

Merkel merupakan wanita yang menduduki kedudukan teratas tersebut selama tiga tahun berturut-turut selepas beliau menang pada pilihan raya demokrasi di negara itu.

Berbeza bagi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Senator Hillary Clinton walaupun menduduki tempat ke 28 wanita paling berkuasa, tetapi beliau merupakan wanita paling tinggi mendapat tumpuan awam ekoran kejayaan menduduki kabinet Presiden Barack Obama dan sebelum ini bertanding untuk mendapatkan kerusi presiden.

Dalam pada itu tempat kedua bagi wanita paling berkuasa diduduki oleh Sheila C. Bair yang merupakan ketua Federal Deposit Insurance Corp., di Amerika Syarikat.

Indra Krishnamurthy Nooyi dari PepsiCo pula mengisi tempat ketiga apabila beliau menjadi wanita yang bertanggung jawab memperluaskan perniagaan makanan dan minuman di peringkat antarabangsa.

Ini diikuti pemilik syarikat kesihatan terbesar, Wellpoint, Angela Braly pada tempat keempat. Brady bagaimanapun berhadapan dengan sedikit konflik apabila penilaian beliau tentang kedudukan kewangan syarikatnya telah mengakibatkan stok tidak stabil dan membangkitkan kemarahan pekerja.

Tempat kelima diduduki oleh Cynthia Carroll empunya empayar perlombongan terbesar Angglo-American. Diikuti Irene Rosenfeld pemilik Kraft Foods di tempat keenam. Beliau juga adalah individu yang bertanggung jawab menjadikan biskut Oreo terkenal di China.

Dalam beberapa bulan terakhir perkhidmatannya, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice masih tersenarai di tempat ketujuh biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik.

Di tempat kelapan pula diduduki oleh isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching. Beliau diiktiraf kerana menjadikan Temasek Holdings unggul bukan sahaja di Singapura malah di Asia. Ho Ching kini juga memiliki saham sebanyak 15 peratus di Merrill Lynch

Sumber : Utusan Malaysia On Line 22/07/2009

ULASAN:
Wanita terhebat di dunia…sekilas pandang tiada apa yang bahaya. Namun jika betul-betul difikirkan, inilah pemikiran kapitalis yang sejak sekian lama mencuba bagi menentukan parameter ataupun ukuran sejauh mana hebatnya seseorang wanita itu. Ukuran yang lahir dari asas yang meletakkan tembok pemisah antara agama dan kehidupan seharian ini malangnya telah mula meresapi sebahagian besar umat Islam umumnya dan muslimah khususnya. Kedudukan kewangan, status jawatan dan seorang yang berpengaruh dalam masyarakat antara gambaran pemikiran kapitalis sebagai ukuran hebat atau tidaknya seseorang wanita.

Sebagai Muslimah kita tidak perlu merasa lemah dan tersisih sekiranya tidak menepati parameter di atas dan dinobatkan sebagai ‘wanita terhebat di dunia’. Islam dari awal kedatangannya lagi telah memberikan ukuran sebenar yang mesti diusahakan oleh umat Islam agar mendapat tempat yang mulia disisi Allah, sepertimana yang termaktub dalam firmanNya : “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu” [TMQ Al Hujurat (49):13]

Sememangnya, apa yang dikemukakan oleh Majalah Forbes ini adalah baja penyubur kepada benih-benih beracun yang semai oleh pemikiran kapitalis. Tujuannya tidak lain agar Muslimah meninggalkan ukuran yang dibawa Islam iaitu menjadikan syariat dan hukum-hukum Islam sebagai pembimbing utama dalam kehidupan.

Sesungguhnya, hanya syariat Islamlah satu-satunya jalan yang mampu menghantarkan muslimah kepada darjat kemuliaan. Amat Jelas terbukti dalam sejarah bagaimana nama-nama hebat pejuang Muslimah telah terpateri hasil dari ketaatan mereka melaksanakan kewajipan Allah dan kegigihan berdakwah bagi memastikan sinar islam terus terpancar. Khadijah Ibn Kuwailid, Aisyah ibn Abu Bakar, Fatimah ibn Muhammad, Kabsyah bintu Rafi’, Ummu Sulaim ibn Milhan, Zainab Al-Jahsy adalah antara muslimah hebat yang selayaknya menjadi ikutan dan panduan bagi kita di dunia.

Muslimah yang dikasihi, berhati-hatilah menerima segala idea dan parameter yang diagung-agungkan oleh Kapitalis dengan menyaringnya terlebih dahulu dengan aqidah dan tsaqafah Islam. Oleh itu Muslimah harus sesegera mungkin meningkatkan penguasaan tsaqafah Islam sebagai jalan untuk meningkatkan kualiti berfikirnya serta tidak terikut-ikut dengan idea-idea dan pemikiran kufur golongan Sekular Barat ini. Firman Allah : “Dan kami turunkan Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, dan agar supaya mereka berfikir” [TMQ An-Nahl (16) : 44].

Dengan erti kata lain kita diwajibkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk hanya mengambil pandangan hidup yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan mengharamkan selainnya. Firman Allah “Dan apa-apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu maka ambillah, dan apa-apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras siksaanNya” [TMQ Al Hasyr (59 ) : 7]

Wallahula’lam bishawab


Wanita Muslimah Dipaksa Membuka Hijab di Mahkamah Bangladesh

Wanita Muslimah dipaksa membuka hijab ketika di dakwa di Mahkamah membuktikan pengkhianatan Kerajaan Bangladesh ke atas Islam

Laporan akhbar, Pejabat media Hizbut Tahrir Bangladesh
Kerajaan Besar Persekutuan yang mengimani Sistem kufur, Demokrasi dan menjadi hamba kepada Barat telah mengambil tindakan keji dalam usaha menghapus serta melenyapkan Islam dari Negara mereka atas nama memerangi ‘keganasan’. Sebenarnya ia telah mengisytiharkan perang Salib ke atas Islam.” Jurucakap rasmi Hizbut Tahrir Bangladesh Fahmida Farhana Khanam berkata demikian dalam satu sidang media yang dikeluarkan hari ini sebagai reaksi terhadap isu penahanan tiga orang wanita Muslimah, di mana hijab mereka telah dibuka secara paksa ketika mereka di bawa ke mahkamah untuk di dakwa dan ditahan reman pada 15 Julai 2009 di atas tuduhan bersekutu dengan militan.

Beliau berkata bahawa perbuatan keji Kerajaan Bangladesh ini mencerminkan kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, “Tiada tempat untuk burka(tudung) di Perancis." Kerajaan mematuhi arahan tuan penjajah imperial mereka untuk menerapkan ideologi busuk Sekular Barat ini. Mereka membina laluan Bush, Pope Benedict, Geert Wilders dan Sarkozy. Dalam sebuah Negara yang mana lebih 90% dari penduduknya beriman kepada Islam, rakyatnya di reman dan di dakwa di mahkamah untuk ‘ jenayah’ mentaati Allah, memakai hijab dan berjambang atau menyimpan janggut.

Tambahan pula, sebelum menerajui tampuk pemerintahan, Sheikh Hasina berjanji kepada rakyat Bangladesh bahawasanya kerajaan pemerintahan beliau tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang menentang Islam. Namun demikian, kejadian di atas telah membuktikan sesungguhnya beliau adalah seorang penipu besar. Beliau sebenarnya menuruti jalan seorang pengkhianat dan Ejen keji Kuffar Barat, Mustafa Kamal yang mana, setelah memusnahkan Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H ( 3 Mac 1924 ), beliau telah menanggalkan hijab wanita Muslimah secara paksa di Turki bagi menjaga hati tuan-tuan imperialnya dan menerapkan sekularisme.

Fahmida Farhana Khanam juga mengingatkan umat-umat Islam yang mendokong dan menyeru kepada Demokrasi supaya mengambil ikhtibar dari kejadian ini. Inilah wajah buruk demokrasi. Demokrasi Barat tidak mempercayai apa-apa malah menentang agama. Adalah sesuatu yang sangat jelas di dalam Negara yang mengamalkan demokrasi, golongan Muslimin yang mentaati dan mematuhi hukum Syara’, akan di serang dan di hukum. Di dalam negara-negara maju pengemban Demokrasi seperti Perancis, Jerman, Denmark dan British, mereka telah melancarkan kempen keji secara besar-besaran terhadap hijab. Tambahan lagi, para wanita Muslimah telah di pukul malah di bunuh kerana memakai hijab. Kejadian-kejadian seperti ini membuktikan tiadanya tempat untuk Islam di dalam sesebuah Negara Demokrasi.

Di akhirnya, Fahmida Farhana Khanam berkata, pada masa lampau, Khalifah Mu’tasim Billah telah melancarkan jihad terhadap musuh-musuh Allah dalam mempertahankan maruah wanita Muslimah. Sebaliknya pada hari ini, Ejen Barat di negeri-negeri kaum Muslimin seperti pemerintahan Sheikh Hasina, telah menghina dan merendahkan martabat Muslimah. Beliau menyeru kepada semua Umat Islam untuk menolak Sistem kufur,Sekular Demokrasi ini and bersatu mara ke hadapan untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya Akidah dan kehormatan Kaum Muslimin akan di bela.

Siapa Lanun Sebenarnya?

KETIKA dunia tertumpu kepada pergolakan di Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka, ada satu lagi peperangan yang seakan-akan tiada pasang surutnya - ancaman lanun di perairan Somalia.

Lanun ganas ini terbukti jauh berbeza daripada gambaran filem 'The Pirates of the Caribbean’ yang masih segar dalam ingatan ramai. Jika dalam filem itu, karektor lanun comot dan senjatanya sekadar meriam dan pistol, lanun sebenar di Somalia bukan calang-calang. Biarpun tanpa kapal mewah atau pakaian seragam khas, mereka sebaliknya sarat dengan kelengkapan persenjataan serba canggih, termasuk Sistem Kedudukan Global (GPS).

Tidak hairanlah, kapal yang menggunakan laluan Teluk Aden sepanjang 3,300 kilometer yang disifatkan perairan paling bahaya di dunia, dengan mudah ditawan lanun moden ini.

Serangan mereka pula semakin menjadi-jadi dan sejak 1 Mac lalu saja, sebanyak 25 serangan dicatatkan, termasuk tujuh kapal dirampas. Malah, sebanyak 293 serangan lanun dilaporkan di seluruh dunia sejak 2008, tetapi kejadian di sekitar Teluk Aden itu menyaksikan peningkatan hampir 200 peratus berbanding 2007.

Sebut apa saja, kapal dagang dan kapal layar membawa muatan daripada kelengkapan tentera, minyak mentah, bijirin dan hasil bumi lain, semuanya sudah ditawan lanun kulit hitam ini. Ancamannya sebegitu serius sehinggakan tiada siapa pun pernah menyangka pada tahun ini, masyarakat antarabangsa boleh mengisytiharkan peperangan ke atas lanun. Berikutan itu, barisan armada tentera laut Britain yang dibantu tentera lebih 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan China, diberi tugas menangani barisan lanun moden ini.

Saban hari kita dipaparkan dengan kekejaman mereka, tetapi tidak ramai yang tahu kisah duka di sebalik kemunculan lanun ini. Jika diimbas, zaman ‘keemasan’ lanun itu sekitar 1650 hingga 1730. Namun, tidak ramai yang tahu, idea memaparkan lanun sebagai kelompok kejam adalah sebahagian propaganda kerajaan Britain. Ketika itu, ramai penduduk yang maklum, lanun itu sebaliknya menjadi mangsa kekejaman dan penindasan pemilik kapal dagang seperti dinyatakan pakar sejarah Barat, Marcus Rediker dalam bukunya ‘Villains of All Nations.’

Di Somalia, cerita itu juga tidak bezanya. Dunia menggelarkan mereka lanun, tetapi penduduk tempatan melihat mereka sebagai wira mempertahankan tanah air dan keadaan ini ketara pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan dipilih rakyat. Lebih malang, selain keadaan politik tidak stabil, kira-kira sembilan juta penduduknya dihimpit kesengsaraan, termasuk kelaparan.

Negara Barat yang sepatutnya membantu, sebaliknya menjadikan penderitaan mereka sebagai peluang merompak hasil negara itu daripada bekalan makanan dan sumber lautan sehinggalah menghumbankan sisa nuklear di perairan negara itu.

Satu demi satu kapal Eropah yang tidak dikenali, mulai muncul di kawasan perairan itu dan membuang bertong-tong sisa nuklear ke dalam laut. Berikutan itu, penduduknya jatuh sakit dan mengalami ruam, loya serta kecacatan bayi.
Buktinya ketara selepas kejadian tsunami 2005 apabila beratus-ratus tong sisa itu terdampar di pantai dengan lebih 300 orang mati akibat radiasi.

Ini diakui sendiri Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Somalia, Ahmedou Ould-Abdallah, yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

“Ada pihak yang sengaja membuang sisa nuklear, plumbum serta logam berat seperti raksa. Sebahagian besarnya sisanya dari hospital serta kilang di Eropah. Tugas pembuangan itu diserahkan kepada sindiket mafia Itali yang mengenakan bayaran khidmat murah dan bertindak rakus membuang sisa itu dengan cara mudah.”

Apabila ditanya apakah reaksi kerajaan Eropah, Ahmedou berkata: “Tiada apa. Tiada pembersihan, tiada wang ganti rugi atau sebarang langkah mengelak perkara itu berulang lagi.”

Kapal Eropah ini turut merompak hasil utama penduduk Somalia iaitu hasil laut mereka. Selepas perairan sekitar benua Eropah kekeringan hasil tangkapan laut, mereka beralih ke perairan Afrika itu untuk merompak hasil ikan tuna, udang dan udang karah yang bernilai lebih RM1 bilion.

Ini menyebabkan nelayan tempatan merana, hilang punca rezeki serta kelaparan. Mereka bertindak mengusir kapal dagang yang membuang sisa nuklear atau sekurang-kurangnya mengenakan ‘cukai’ ke atas mereka. Peranan ini dipikul kumpulan yang dikenali sebagai ‘Sukarelawan Pengawal Pantai Somalia.’ Malah, hasil tinjauan media bebas Somalia, WardheerNews, mendapati 70 peratus penduduk menyokong kumpulan itu yang menyifatkan kegiatan lanun itu sebagai antara cara mempertahankan tanah air.

Ini diakui sendiri seorang ketua lanun, Sugule Ali yang menegaskan mereka bukanlah perompak atau lanun.

“Lanun sebenar adalah mereka yang datang merampas punca pendapatan kami serta membuang sisa nuklear di sini.”

Sukar sebenarnya bagi kita untuk menelah naluri insan dilabelkan sebagai lanun oleh media Barat, sebaliknya dianggap wira oleh rakyat tempatan, apa lagi selepas saban hari dipaparkan dengan jenayah dilakukan mereka ini.

Apa yang pasti, seperti juga di kebanyakan negara lain yang bergolak, konflik dan ancaman yang berlaku itu hasil ‘cop jari’ kuasa Barat. Kini dengan kehadiran armada tentera laut negara asing di Somalia, ramai yang menunggu nasib kelompok lanun itu selepas ini biarpun hakikatnya ia tidak mungkin menamatkan terus ancaman mereka.

Info: Lanun di Somalia

• Somalia terbabit dalam perang saudara sejak 1991
• Kebanyakan lanun itu dikatakan berusia antara 20 hingga 35 tahun
• Tiga kumpulan iaitu:
o Bekas nelayan - perancang utama kerana mahir selok belok perairan sekitar
o Bekas anggota militia - tenaga penting kerana pengalaman memerangi kumpulan panglima perang
o Pakar teknikal - mahir soal komputer dan tahu mengendalikan peralatan teknologi serba canggih seperti telefon satelit dan persenjataan
• Sebahagian besar kapal ditawan di laluan perkapalan Teluk Aden yang terletak di antara Yemen (utara), Somalia (di selatan) dan di timur Laut Arab.
• Laluan itu sepanjang 3,300 kilometer yang juga kawasan laut paling bahaya di dunia
• Kira-kira 20,000 kapal melalui Teluk ini untuk ke dan kembali dari Terusan Suez
• Membawa barangan seperti berjuta-juta tan minyak mentah, bijirin dan arang batu
• Purata wang tebusan kira-kira AS$2 juta (RM7.24 juta)
• 25 serangan ke atas kapal, tujuh dirampas sejak 1 Mac lalu
• 293 serangan lanun di seluruh dunia sejak 2008 dan kejadian di Teluk Aden meningkat hampir 200 peratus berbanding 2007

Sumber : Utusan Malaysia , 21/04/09

Siapakah lanun yang sebenarnya?

Berita di atas adalah gambaran yang jauh berbeza daripada yang dihidangkan oleh media Barat yang tidak henti-henti melontarkan propaganda menyerang kelompok lanun di Somalia. Seharusnya, setiap pembaca yang meneliti media massa yang dikuasai oleh pihak kafir perlu menilai mengapa fenomena lanun ini muncul di Somalia dan mengapa mereka merampas kapal yang lalu lalang di perairan mereka.

Somalia adalah salah satu negara yang dilanda perang saudara sejak awal tahun 1990an dan tidak mempunyai kerajaan yang rasmi. Oleh itu, Somalia juga tidak mempunyai askar, polis, angkatan laut, kastam dan lain-lain badan berkuasa mereka sendiri. Oleh kerana Somalia tidak mempunyai badan-badan berkuasa mereka sendiri, ini telah memudahkan kapal-kapal pihak asing seperti Eropah dan Amerika untuk melakukan jenayah di perairan Somalia. Antaranya membuang sisa radioaktif dan beracun dan juga menangkap ikan di kawasan perairan Somalia, sedangkan sumber kekayaan tersebut adalah milik rakyat Somalia. Oleh itu, berdasarkan laporan di atas, kemunculan lanun yang merampas kapal-kapal dagang yang melalui perairan Somalia dianggap sebagai suatu yang sah oleh rakyat negara tersebut.

Sekiranya mereka dihukum sebagai lanun di lautan, maka dunia mestilah juga menghukum kapal-kapal Eropah dan Amerika Syarikat sebagai lanun yang lebih besar lagi kerana merampas kekayaan hasil laut Somalia dan membuang sisa dan bahan lupus yang merbahaya di perairan Somalia dan menimbulkan masalah kesihatan bagi penduduk Somalia.

Perlu diingat bahawa Somalia telah lama menjadi mangsa perkotak-katikan kuasa-kuasa besar dunia disebabkan oleh kedudukannya yang strategik di Laut Merah dan merupakan pintu masuk Terusan Suez. Somalia pernah dicerobohi askar Amerika Syarikat pada awal tahun 1990an seperti yang digambarkan oleh filem Hollywood ‘Black Hawk Down’. Namun begitu, askar AS kemudiannya dihalau keluar oleh militia Somalia. Baru-baru ini pula, tentera Ethiopia menceroboh masuk ke Somalia dengan sokongan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan kerajaan di sana.Penceroboh ini masuk ke Somalia, membunuh manusia yang tidak bersenjata dan mengebom masjid tanpa provokasi, namun, tidak pula dilihat sebagai suatu yang salah di mata dunia.

Selama mana media dunia masih dikawal oleh kafir Barat, selama itulah penyimpangan politik akan terus berlaku dan selama itulah juga umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya akan terus ditipu dan diperdaya.

Ini Fitnah!

DHAKA: Polis Bangladesh menahan 31 lelaki dipercayai terbabit dalam merancang satu serangan keganasan, semalam. Ketua Polis Daerah Kushtia, Masudul Haque Nuruzzaman, berkata lelaki berkenaan adalah anggota kumpulan militan Islam dikenali sebagai Hizb ut-Tahrir. “Di antara 31 lelaki yang ditahan itu termasuk ketua bagi daerah berkenaan yang dilatih di Afghanistan," katanya. Nuruzzaman berkata, penangkapan mereka itu susulan daripada operasi khas ketika mereka sedang mengadakan satu perjumpaan di daerah berkenaan, semalam. "Kami mempunyai maklumat perisikan bahawa mereka bercadang melancarkan satu serangan," katanya.

Beliau juga mengesahkan polis merampas pelbagai bahan cetak seperti buku dan risalah mengenai jihad, selain serbuk belerang untuk membuat peluru, peralatan membuat bom dan senjata api daripada lelaki berkenaan. - AFP

Sumber : Berita Harian, 18/04/09

Ketakutan Pemimpin Sekular Terhadap Pejuangan Menegakkan Khilafah


Nampaknya seruan kepada penegakkan kembali Islam di Bangladesh dengan metode menegakkan kembali khilafah melalui perjuangan politik tanpa kekerasan semakin menakutkan pemerintah sekular di sana. Antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh pihak pemerintah sekular di sana ialah dengan menangkap para shabab pengembang dakwah dari gerakan Islam Hizb ut Tahrir atas alasan mereka sedang merancang satu serangan keganasan.

Pelbagai maklumat sokongan disertakan oleh pihak polis Bangladesh untuk membenarkan tindakan yang mereka lakukan itu. Dalam keterdesakan mereka untuk menghalang dakwah terbuka Hizb ut Tahrir yang semakin berpengaruh di Bangladesh, bukti-bukti palsu disertakan dalam menjustifikasi tindakan tersebut. Walaupun mereka mencipta 1001 macam bukti palsu, apa yang jelas, kebenaran tidak akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang pasti akan hancur dan lenyap dengan izin Allah SWT.

Umumnya, dunia, terutamanya di mana Hizb ut Tahrir bergerak melakukan dakwahnya bersama dengan umat, mengetahui bahawa metode yang diambil oleh Hizb dalam menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat adalah metode dakwah tanpa tindakan fizikal atau kekerasan. Hizbut Tahrir merupakan parti politik yang lahir di Al-Quds Palestin pada tahun 1953 untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam melalui metode penegakkan kembali Khilafah Islamiyyah yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Perjuangan yang ditempuh oleh Hizb ut Tahrir sejak ianya ditubuhkan sehinggalah ke hari ini tidak pernah berubah.

Metode yang ditempoh oleh Hizb ut Tahrir adalah sebagaimana tariqah dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW di Makkah. Dakwah Hizb ut Tahrir ini telah tersebar ke seluruh penjuru dunia bahkan aktivitinya terus melangkaui barat dan timur mulai dari London hingga Sydney, dari Ankara hinggalah Jakarta. Dakwah Hizb meliputi lebih 40 negara di dunia ini termasuklah negara kafir Britain dan Amerika. Selama Hizb ut Tahrir melakukan dakwahnya di tengah-tengah umat, Hizb ut Tahrir tidak pernah dan tidak akan pernah melakukan sebarang bentuk kekerasan walaupun ramai pengembang dakwah Islam yang berjuang bersama Hizb telah menjadi mangsa korban kepada kekejaman pemimpin-pemimpin sekular. Dunia telahpun menyaksikan kekejaman yang dilakukan oleh para pemimpin sekular di Uzbekistan, Kazakhstan, Rusia, Turki, Bangladesh, Pakistan, Mesir, Jordan, Syria, Kuwait dan negara Asia Tengah yang lain terhadap shabab Hizb ut Tahrir. Meskipun begitu, meskipun pelbagai cubaan dan dugaan harus dilalui, Hizb ut Tahrir akan terus berjuang menegakkan kebenaran melalui jalan politik tanpa kekerasan seperti yang ditunjukkan oleh Rasul al-Mustafa. Firman Allah SWT :

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Deen Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ at Taubah (9) : 32]

Larangan Syara' Berkenaan Tabarruj (Berhias) Ke Atas Wanita

Soalan: Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka, adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan dan mereka tidak menarik perhatian?

Jawapan:
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.

Demokrasi di penghujung hayat, Khilafah penyelamat umat.

26 Julai 2009, Ahad – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk, “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat”, bertempat di Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi. Promosi yang telah dilakukan secara besar-besaran sebelumnya telah berjaya menarik peserta hampir mencecah 800 orang. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 petang, akhirnya dapat disudahkan pada jam 2.30 petang setelah selesai sesi soal-jawab.

Seminar yang membahaskan dan mengupas secara keseluruhan berkenaan Demokrasi ini telah membawa empat pembentang yang arif berkenaan dengan Demokrasi. Pembentang pertama iaitu Prof Madya Dr Mohammad, mengupas tajuk ‘Wajah Hodoh Demokrasi’. Tajuk kedua iaitu ‘Demokrasi Halal atau Haram’, dibentangkan oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakeem Othman. Pembentang ketiga yang merupakan Setiausaha Agong HTM, Ustaz Abu Taqiyuddin, membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Pembentang terakhir pula disampaikan oleh Ustaz Isa Abdullah dengan tajuk ‘Khilafah Penyelamat Umat’.

Seminar pada kali ini dijalankan dengan dua sesi. Sesi pertama disampaikan oleh ahli panel yang pertama dan kedua. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh ahli panel yang ketiga dan keempat.


Pada sesi pertama, Prof Madya Dr Mohammad menyampaikan serba ringkas tentang asal-usul Demokrasi, termasuklah aplikasi ‘Demokrasi Moden’ yang diterapkan kini. Sesuai dengan tajuk pembentangan, Prof Madya Dr Mohammad mengungkap satu persatu bagaimana Demokrasi ini telah dijadikan alat oleh kuasa besar saat ini khususnya Amerika Syarikat, untuk menjustifikasikan segala tindakannya ke atas negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Satu demi satu, segala kejahatan dan propaganda yang dilancarkan oleh kuffar barat terhadap negara-negara umat Islam dibongkar. Slogan ‘freeom and democracy’ merupakan topeng kepada kerakusan pihak kuffar untuk mendominasi, menjajah dan akhirnya menjarah segala kekayaan umat Islam. Ini dapat dilihat daripada fakta pencerobohan AS ke Iraq dan Afghanistan. Lebih dari itu, rejim kuffar ini, telah melancarkan banyak konspirasi termasuklah apa yang berlaku di Algeria, Palestin dan Iran. Semua ini menjadi bukti wajah hodoh Demokrasi yang selama ini digunakan oleh AS ke atas negara-negara yang ditindasnya di seluruh dunia.

Sesi pertama diteruskan dengan pembentang kedua, Ustaz Abdul Hakeem Othman dengan tajuk ‘Demokrasi halal atau haram’. Beliau telah mengupas sejumlah definisi dan doktrin yang ada berkenaan Demokrasi secara rinci. Beberapa pendapat yang sering digunakan oleh para pejuang Demokrasi turut diungkap, khususnya mereka yang selalu membawa dalil-dalil dan kaedah-kaedah untuk ‘menghalalkan’ demokrasi, walhal ia (dalil itu) digunakan dengan cara yang salah dan tidak tepat sama sekali. Beliau juga telah menjelaskan dengan terperinci perbezaan di antara Demokrasi dan Islam, yang sama sekali tidak pernah wujud persamaan, baik dari sudut definisi, doktrin dan aplikasinya.

Setelah selesai sesi pertama, sesi soal jawab di antara wartawan dengan pihak Hizbut Tahrir Malaysia telah diadakan demi menjelaskan segala kekeliruan yang selama ini disalah tafsir oleh masyarakat khususnya media massa apabila membicarakan tentang Demokrasi. Alhamdulillah, ‘press conference’ ini didatangi oleh wartawan-wartawan dari tiga akhbar terkemuka tanah air yang semuanya telah dijawab dengan jelas dan tegas oleh pihak Hizbut Tahrir Malaysia dalam sesi soal jawab tersebut.

Pada sesi kedua pula, Ustaz Taqiyuddin Mustafa membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Beliau menjelaskan bahawa tajuk ini penting untuk membezakan secara jelas kepada umat Islam khususnya, berkenaan perbezaan di antara Syura dan Demokrasi yang selama ini disalah tafsir oleh golongan-golongan tertentu yang menyamakannya. Dua buku yang membahaskan tentang demokrasi diungkapkan oleh Ustaz Taqiyuddin, dengan menjelaskan beberapa ketidakjelasan yang tidak diperincikan di dalam buku tersebut berkenaan Demokrasi. Ketidakjelasan tersebut di antaranya, 1) setakat mana pendapat pakar digunakan, 2) setakat mana pendapat majoriti diterima dan ditolak, 3) setakat mana pendapat minoriti diterima dan ditolak, yang semuanya tidak dijelaskan di dalam buku-buku tersebut. Seterusnya beliau menjelaskan metode yang seharusnya ditempuh apabila ingin membahaskan sesuatu permasalahan termasuklah Demokrasi. Pertama, haruslah melakukan kajian realiti (waki’) berkenaan permasalahan yang sedang dibincangkan. Kedua, mengkaji dalil-dalil (nas-nas) yang bersangkutan tentang realiti yang dibahaskan. Ketiga, ‘memadukan’ nas dan realiti untuk mengistinbat hukum berkenaan sesuatu permasalahan itu tadi.

Pembentangan diteruskan dengan penceramah terakhir iaitu Ustaz Isa Abdullah yang membawa tajuk ‘Khilafah penyelamat Umat’. Penceramah menjelaskan bahawa segala keburukan yang menimpa umat Islam saat ini, adalah kerana tidak diterapkannya Sistem Islam yang akan menjadi perisai umat tatkala mereka ditindas dan diragut maruahnya oleh pihak kuffar barat. Kegemilangan yang dirasai oleh umat Islam terdahulu dengan terciptanya pelbagai penemuan-penemuan dan karya-karya adalah hasil diterapkannya Sistem Islam yang akan menjamin seluruh hak-hak yang telah ditetapkan syarak untuk warganegaranya sesuai dengan ketetapan syarak, yang berbeza sama sekali dengan hak-hak yang diberikan oleh Sistem Demokrasi. Apa yang pasti, Khilafah adalah merupakan janji Allah SWT dan khabar gembira daripada Nabi SAW kepada umat Islam. Ia perlu difahami dan diperjuangkan oleh umat Islam seluruhnya demi memartabatkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam.

Setelah selesai kedua-dua sesi, majlis diteruskan dengan sesi soal-jawab. Segala persoalan yang dikemukakan oleh keempat-empat peserta pada sesi itu, yang bertanyakan seputar permasalahan Demokrasi akhirnya dijawab dengan baik dan tuntas oleh keempat-empat pembentang, yang akhirnya digulung oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia secara keseluruhannya. Apa yang pasti, peserta secara keseluruhannya sangat mendambakan hidup yang mulia di bawah naungan Sistem Khilafah Islamiyah. Ini dapat dilihat dengan jelas ketika para peserta melaungkan suara secara serentak yang menginginkan Daulah Khilafah Islamiyah, yang turut digemakan dengan laungan takbir. Demokrasi kian di penghujung hayat, Khilafahlah yang akan menjadi penyelamat umat. Majlis akhirnya ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Farkhan.