CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009




FIRMAN ALLAH:

Siapa pun yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH,maka mereka adalah orang-orang kafir.

(QS.AL-MAIDAH [5]:44).

Siapa pun yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH,maka mereka adalah orang-orang zalim.

(QS.AL-MAIDAH [5]:45).

Siapa pun yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH,maka mereka adalah orang-orang yang fasik.(QS.AL-MAIDAH [5]:47).

RENUNG-RENUNGKANLAH INI WAHAI SAHABAT.ADAKAH KITA BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH?TANYALAH DIRI KALIAN....

sabda rasulullah,jadikanlah ingatan buat kita semua.

«أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا»

orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri mereka

Thursday, July 23, 2009

ISLAM

Umat Islam,
Tuhan mereka satu,
Rasul mereka satu,
Kiblat mereka satu,
Syahadah mereka satu,
Jihad mereka satu,
Negara mereka satu,
Kerena mereka adalah umat yang satu.

Wednesday, July 22, 2009

SEMINAR - Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat. Seminar ini akan di adakan seperti butir- butir di bawah:

Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma

Anjuran Bersama : Khilafah Centre & Hizbut Tahrir Malaysia

Retorika Perpaduan

KOTA BHARU, 17 Jun ¿ Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu. Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ¿sampah¿ dalam parti tersebut.

Sudah tiba masanya bagi semua gerakan Islam yang ada kini memuhasabah diri sendiri, apakah maksud perjuangan mereka selama ini? Di manakah asas perjuangan yang pernah menjadi agenda utama penubuhan mereka? Ya, masalah utama umat Islam hari ini adalah kerana kehidupan mereka tidak dinaungi dengan peraturan Islam (syariah) secara kaffah (total). Oleh itu, penyelesaian sebenar kepada masalah ini adalah mengembalikan semula syariah ke dalam kehidupan secara total. Inilah objektif yang sepatutnya menjadi teras perjuangan. Bukannya bersikap pragmatik dengan mana-mana pakatan yang tak pernah menjadikan Islam sebagai agenda perjuangan apatah lagi menjadi objektif. Dan bukan pula terjebak dengan isu perpaduan yang sentiasa mengundang perpecahan di kalangan kaum muslimin melalui pengamalan politik kufur.

Sikap berorientasikan kepartian secara langsung mengheret kita kepada fanatisme yang merugikan umat. Kaum Muslimin rindu kepada kesatuan umat dan ingin sekali membuang sampah sarap kehidupan sekarang ke dalam gaung sejarah hitam mereka. Mereka obses dan optimis kepada kehidupan Islam sebagaimana yang tergambar dalam sejarah kegemilangan Khilafah lebih 1400 tahun mentadbir dunia dengan syariah.

Khilafah (negara Islam) merupakan target yang perlu kita capai, Khilafah jugalah titik sasaran perjuangan kita di kala ini. Cukuplah dengan sikap pragmatik, janji palsu, retorika dan ilusi sebuah negara bangsa demokrasi. Hentikanlah bujukan dan beradu domba dalam pakatan kufur, saling bertelagah dan berpecah belah yang hanya akan menghibur si kufur!

Al-Aqsa Harapkan Keprihatinan Umat Islam

Sekali lagi emosi umat Islam dipermain-mainkan oleh rejim Israel laknatullah. Israel nampaknya terus mencabar perasaan umat Islam kerana mereka mengetahui bahawa di saat ini tidak ada kekuatan dari umat Islam yang mampu menghentikan tindakan biadab mereka ini. Ketahuilah bahwa hanya kekuatan Khilafah sahajalah yang mampu memberhentikan tindakan biadap Israel ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa hanya dengan kekuatan Khilafah sahajalah Baitulmaqdis dan juga masjid al-Aqsa dikembalikan kepada umat Islam sebagaimana yang pernah dilkakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan panglima perang Salahuddin Al-Ayyubi. Umat Islam di seluruh dunia saat ini juga perlu menyedari bahawa isu masjid al- Aqsa bukanlah persoalan umat Arab Palestin semata-mata tetapi ianya adalah merupakan isu sejagat bagi seluruh umat Islam yang berjumlah 1.5 billion orang ini. Untuk itu keperluan mendesak dan yang paling utama bagi seluruh umat Islam dan juga gerakan-gerakan Islam saat ini adalah menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah bagi menyatukan seluruh dunia umat Islam ini dan seterusnya mengembalikan wilayah umat Islam yang dirampas dan juga yang ditindas seperti Iraq, Afghanistan dan yang lain-lainnya termasuklah Baitulmaqdis kepada umat Islam.

Inilah keutamaan yang perlu disegerakan oleh umat Islam. Apakah perasaan kita sebagai umat Islam tidak tersentuh dengan kebiadaban Israel ini? Sedarlah wahai umat Islam bahawa saat ini kawasan umat Islam ini telah dikotori dan dicemari oleh kekufuran rejim Israel laknatullah. Ingatlah, Khalifah Umar al-Khattab, setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul Muqaddis, bergerak menuju Haram Asy-Syarif, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi dengan sampah-sarap lantas beliau menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Haram Asy-Syarif itu dapat dibersihkan dan layak menjadi tempat suci umat Islam. Di tengah-tengah kawasan inilah, tersergam batu di mana berpijaknya nabi SAW sebelum ke langit dalam perjalanan Mi¿raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini, telah dibina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung. (Perlu diingatkan di sini bahawa Masjid Al-Aqsa yang dibina oleh Khalifah Umar ini bukanlah masjid yang disebut semasa peristiwa Isra¿ dan Mi¿raj. Sebenarnya, keseluruhan kawasan Haram Asy-Syarif adalah Masjid Al-Aqsa).

Kawasan inilah yang kini sedang dicerobohi dan dicemari oleh kaum Yahudi laknatullah. Wahai kaum Muslimin, di manakah Salahuddin, di manakah Umar al-Khattab umat hari ini! Umat ini memerlukanmu...umat ini memerlukan penyatuan, umat ini memerlukan Khilafah!