CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 31, 2009

Novel Baru...

Assalamualaikum semua...
Ana nak buat novel baru...
Taknak bagitau tajuk dulu.
yang pasti kat situ banyak cerita dan juga pengajaran.
Tak lupe...
ceritanya boleh dikatakan lawak.

Isu Penderaan Pembantu Rumah: Siapakah yang Patut Dipersalahkan?

Malaysia merupakan salah satu destinasi utama kepada sebahagian besar tenaga kerja Indonesia (TKI) sejak dua dekad yang lalu. Jarak geografi yang dekat, persamaan adat, bahasa dan terbukanya pelbagai peluang pekerjaan di pelbagai sektor telah mendorong TKI untuk datang ke Malaysia. Menurut Sidney Jones [2000: 3] TKI telah berebut untuk mencari peluang pekerjaan di dalam sektor pekerjaan yang tidak mahir atau dikenali sebagai pekerjaan 3 D (dirty, difficult and dangerous). Ia selari dengan laporan yang memetik bahawa “Bayaran gaji yang terlalu rendah dan laporan media mengenai penderaan pembantu rumah asing merupakan antara faktor pembantu rumah asing yang berkemahiran tinggi kurang berminat datang ke Malaysia”, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini [Bernama, 11hb Julai 2009].

Lanjutan dari isu penderaan terhadap pembantu rumah yang hangat mendapat liputan media, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28hb Jun 2009 melaporkan bahawa Indonesia kekal dengan keputusannya untuk menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia sehingga satu kata putus dibuat menerusi perbincangan khas kedua-dua pihak minggu depan. Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar berkata, pihaknya belum yakin bahawa Malaysia boleh menjaga kebajikan pembantu rumahnya sehingga satu jaminan keselamatan termeterai dalam perbincangan khas itu.

Sehubungan itu, katanya, semua agensi pekerjaan di republik tersebut telah diarah untuk menghentikan sebarang aktiviti merekrut tenaga buruh baru khususnya pembantu rumah untuk dibekalkan ke negara ini. “Bagaimanapun bagi bakal pembantu rumah yang sudah melalui proses pemilihan, kursus dan latihan yang dikendalikan agensi pekerjaan di Indonesia, mereka masih dibenarkan untuk di bawa masuk ke negara ini.Ini kerana mereka telah pun membayar wang kursus dan latihan pembantu rumah malah telah menghabiskan banyak masa untuk tujuan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Keluarga Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia di sini hari ini.

Tindakan ini diambil ekoran kemarahan rakyat negara itu dengan kes-kes majikan tempatan mendera pembantu rumah Indonesia. Antara kes yang mendapat liputan yang meluas oleh media massa baru-baru ini adalah kes Siti Hajar yang didera oleh majikannya. Siti Hajar, 33 adalah penganut agama Islam yang didera dan disiksa sehingga dipaksa memakan babi. Beliau bahkan tidak pernah menerima gaji sebanyak RM500 sebulan. Bayangkan pada kes Siti Hajar ini, majikannya sendiri mengakui tidak pernah membayar gaji sejak tiga tahun lalu!!

Sedikit masa lalu negara dikejutkan dengan kes penderaan yang menimpa Nirmala Bonat, 19, warga Indonesia yang tiba di negara ini dengan harapan mencari nafkah halal, akhirnya terpaksa melarikan diri meminta pertolongan. Gadis berasal dari Nusa Tenggara Timur, Kupang, Indonesia itu dipercayai didera teruk oleh majikan wanitanya selama lima bulan lalu sewaktu bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Mangsa, antara lain, melecur pada kedua-dua buah dadanya akibat ditekap dengan seterika panas. Bahagian belakang badan mangsa melecur teruk disiram air panas. Begitu juga kedua-dua belah tangannya melecur akibat direndam dalam air panas.``Saya terpaksa melarikan diri selepas tidak tahan dipukul setiap hari oleh majikan sejak lima bulan lalu,'' katanya kepada wartawan setelah menerima perlindungan di Kedutaan Indonesia di sini.

Begitulah antara kisah-kisah yang menyayat hati, menyentuh perasaan bagi makhluk yang bergelar manusia. Namun penderaan ini juga dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Mengapa ini boleh terjadi?

Adakah si majikan ini sudah tidak mempunyai hati dan perasaan lagi? Ataukah si pembantu yang tidak pernah mengenang budi? Apakah si pembantu ini tidak pandai membuat kerja rumah? Atau si majikan yang terlalu cerewet dalam urusan rumah tangga? Semua persoalan ini bermain dibenak setiap pembaca yang membaca kisah penderaan pembantu rumah tersebut.

Fikratul Ummah kali ini ingin mengupas serba sedikit berkenaan isu penderaan pembantu rumah, mengapa dan punca keadaan-keadaan seperti ini boleh terjadi dan apakah peranan negara dalam menyingkap permasaalahan tersebut.

Mengapa keadaan seperti ini boleh terjadi?
Dari kisah-kisah yang hebat dipaparkan oleh media, kebanyakan majikan yang mendera pembantu rumah adalah daripada kalangan majikan yang bukan Islam mendera pembantu rumah yang beragama Islam. Adakah ini disebabkan oleh kebencian mereka terhadap agama Islam ataukah mereka sememangnya sudah tidak mempunyai perasaan terhadap manusia yang bergelar pembantu? Jika kebencian terhadap Islam merupakan penyebabnya, pasti ada banyak cara untuk menzahirkan kebencian itu dan bukan hanya dengan mendera pembantu. Mangsa penderaan seperti Nirmala Bonat juga bukan seorang Islam! Adakah semangat assobiyah atau nasionalisme yang sering dilaungkan oleh kerajaan menyebabkan mereka merasakan bahawa warga asing tidak layak menerima layanan yang baik? Apakah desakan hidup, masalah rumah tangga, bebanan kerja yang saban hari semakin membebankan menyebabkan majikan ini hilang pertimbangan sehingga menjadikan pembantu rumah sebagai mangsa?

Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fatimah Yusoff berkata, masalah personaliti majikan serta sikap sesetengah pembantu rumah adalah antara faktor yang mengakibatkan terjadinya kes-kes penderaan.Katanya, sikap majikan yang terlalu garang serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka, boleh mewujudkan ketegangan sehingga majikan cenderung mendera pekerja mereka itu. Ketua Kaunselor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Asmawati Baharuddin berkata, harapan majikan yang terlalu tinggi menyebabkan mereka cenderung mendera pembantu rumah apabila pekerja mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik. [Utusan Malaysia, 12 Februari 2000]. Menurut Dr. Nazarudin Zainun yang merupakan pensyarah Sejarah Asia Tenggara (Indonesia), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, majikan menaruh harapan yang sangat tinggi kepada pembantu rumah Indonesia kerana mereka telah membelanjakan hampir RM5,000 untuk mendapatkan pembantu rumah. Malangnya, terjadi apabila pembantu rumah Indonesia ialah seorang yang tahap pendidikannya rendah, berasal dari kampung yang mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. Tambahan pula pembantu rumah yang datang dari desa juga kurang fasih berbahasa Indonesia. Kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama. Untuk memahami bahasa ibunda mereka saja susah apatah lagi memahami bahasa orang lain [Utusan Malaysia, 1hb Jun 2004]. Bayangkan bagaimana Nirmala Bonat dapat berkomunikasi dengan majikannya yang berbangsa Cina!

Menerusi wawancara pada 21hb Mei 2007, Dato’ Raja Zulkiflie, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) mendakwa hampir sebahagian besar atau lebih daripada 70 peratus daripada seluruh pembantu rumah daripada Indonesia di Malaysia pada ketika ini bekerja dengan orang bukan Islam khususnya majikan berbangsa Cina. Faktor agensi juga memainkan peranan penting mengapa pembantu rumah Indonesia lebih ramai bekerja dengan orang bukan Melayu khususnya bangsa Cina. Ini adalah kerana agensi pembantu rumah asing di Malaysia pada ketika ini sudah di dominasi oleh orang Cina. Daripada lebih 100 buah agensi yang berdaftar dengan PAPA lebih 90 peratus dimiliki oleh syarikat berbangsa Cina. Syarikat agensi yang dimiliki orang Cina mempunyai modal yang banyak untuk mendatangkan pembantu rumah dari Indonesia yang akhirnya syarikat agensi bangsa Cina secara terus menerus akan mendapat bekalan pembantu rumah dari pembekal di Indonesia. Apalagi syarikat atau agensi berbangsa Cina berani untuk membayar wang pendahuluan kepada syarikat pembekal pembantu rumah dari Indonesia. Oleh sebab itu, syarikat agensi pembantu rumah bangsa Cina tersebut telah berjaya mengawal aliran jumlah kemasukan pembantu rumah dari Indonesia. Sedangkan syarikat yang dimiliki orang Melayu pada ketika ini sangat sukar untuk mendapatkan bekalan pembantu rumah daripada Indonesia. Salah satu faktornya adalah kerana syarikat orang Melayu kekurangan modal kerja dan tidak berani menanggung risiko dengan mengeluarkan pembayaran pendahuluan kepada pembekal pembantu rumah yang berada di Indonesia. [Darul Iman Abdul Munaf, “Perlindungan Pembantu Rumah Indonesia Di Malaysia: Antara Impian Dan Realiti”, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya]. Pada masa yang sama, menurut Jeffrey Foo, Naib Presiden PAPA permintaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia semakin hari semakin tinggi dan faktor ini sekaligus telah mendorong syarikat agensi pembantu rumah berbangsa Cina mulai terfokus kepada pembantu dari Indonesia. Sedangkan permintaan untuk pembantu rumah semakin kecil kerana permintaan terhadap pembantu Filipina hanya daripada kelompok majikan yang berada [Dewi Anggraeni, 2006: 166]. Fakta di atas menjelaskan mengapa penderaan terhadap pembantu rumah lebih menonjol dalam kalangan majikan berbangsa Cina.

Penyelesaian Sekular-Kapitalis
Apabila timbul permasalah seumpama ini, selaras dengan pengurusan negara melalui krisis (management by crisis), pelbagai pihak mengemukakan kaedah untuk menyelesaikan kemelut ini sebagaimana laporan Berita Minggu pada 19hb Julai 2009:

i. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, mesyuarat antara beliau dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Erman Suparno, bakal membincangkan isu yang dipersetujui Malaysia membabitkan pembantu rumah warga Indonesia iaitu, soal cuti sehari dalam seminggu, liputan insurans, membaiki tahap kontrak dan soal bayaran gaji tetap atau bulanan.

ii. Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, bagi mengatasi masalah ini (baca: pergantungan kepada pembantu rumah) apa yang boleh dilakukan adalah memperbanyakkan pusat penjagaan kanak-kanak dan orang tua di kawasan kejiranan kerana antara alasan utama kepada masyarakat negara ini menggunakan pembantu rumah adalah untuk menjaga anak dan juga ibu bapa mereka yang sudah tua. Sebagai galakan, kerajaan juga boleh mengurangkan kadar cukai tahunan kepada pengguna yang menggunakan khidmat rumah asuhan ini.

iii. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah penguatkuasaan untuk menangani masalah penderaan pembantu rumah asing, termasuk mewujudkan “hotline” aduan di bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia untuk pembantu rumah asing, majikan dan orang ramai membuat aduan [Bernama, 11hb Julai 2009].

Peranan Negara (Islam) di Dalam Memenuhi Keperluan Rakyat.
Untuk memahami bagaimanakah Islam menyelesaikan isu penderaan kepada pembantu rumah dan pergantungan terhadap tenaga kerja asing ini, kita hendaklah melihat apakah punca permasalahan kepada isu ini. Kita menyaksikan bahawa banyak keluarga bergantung pada pembantu rumah untuk menjaga anak dan melakukan kerja-kerja domestik disebabkan oleh kaum wanita yang menyertai tenaga kerja. Ada kalangan wanita yang terpaksa bekerja bukan kerana untuk mengejar kemewahan dan pangkat tetapi atas faktor ‘survival’ terutamanya yang berstatus ibu tunggal. Dalam keadaan negara diperintah dengan sistem pemerintahan berasaskan perundangan Barat dan akal manusia, tiada jaminan keperluan asas untuk seluruh warga negara menyebabkan wanita terpaksa bekerja dan meletakkan tanggungjawab pengasuhan kepada pembantu rumah. Mendera manusia lain dan memperlakukan mereka seperti haiwan adalah satu kesalahan. Akan tetapi, sekadar usaha menyelesaikan ‘gejala’ atau ‘symptoms’ masalah, tidak akan menghentikan kes penderaan ini. Buktinya, Yim Pek Ha, bekas majikan Nirmala Bonat telah dijatuhi hukuman 18 tahun penjara di bawah Seksyen 326, Kanun Keseksaan akan tetapi ia tidak menyebabkan individu seperti bekas majikan Siti Hajar meneladaninya.

Justeru kita melihat peri pentingnya negara di pimpin oleh seorang imam/khalifah yang akan memastikan kesejahteraan seluruh warga negara tanpa mengira kaum dan agama terbela. Ini adalah kerana setiap individu dalam Islam adalah tanggungjawab pemimpin dalam Negara Islam (Daulah Islamiyah). Tugas pemimpin adalah memastikan bahawa individu di dalam negaranya dipenuhi setiap keperluan asas.

Ini kerana Islam bertolak dari akidah yang tinggi dalam memandang manusia, kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, dan menegakkan hukum-hukum syariat Allah di muka bumi. Allah berfirman: “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi” [TMQ al-An’am [6]:165].

Oleh itu, Islam memandang bahawa manusia adalah objek penghormatan dari Allah Subhanahu Wa Taala yang telah menganugerahkan penghormatan itu dan memberikannya kepada manusia. Setiap manusia dengan sifatnya sebagai manusia, adalah sama-mendapat penghormatan ini, meskipun berbeza-beza warna kulit tempat tinggal dan keturunannya. Begitu juga antara laki-laki dengan perempuan semuanya mendapat penghormatan dari Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 70 yang berbunyi “Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan.”

Sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin dalam negara Islam, dia dipertanggung jawabkan ke atas setiap individu dalam pimpinannya. Ini kerana Negara dibebani untuk memelihara pelbagai urusan dan kemaslahatan manusia. Negara juga dibebani untuk menjamin hidup dan kehidupan yang mulia bagi manusia. Islam menegaskan penjagaan dan perlindungan atas peribadi manusia dengan mengharamkan pelanggaran terhadapnya, kezaliman dan serangan (siksaan) yang tidak dibenarkan.

Dalil-dalil syara telah mewajibkan penjaminan hak-hak manusia, iaitu dengan menempatkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab atas seluruh urusan rakyat. Syara mewajibkan negara melindungi hak-hak rakyat, bersikap adil terhadap mereka, baik antara kaum muslim maupun kaum Kafir Zimmi. Syarak mengharamkan negara melakukan diskriminasi kepada rakyat atas dasar agama, kelompok, warna kulit, keturunan atau sebagainya.

Antara dalil-dalil di mana Allah Subhanahu Wa Taala memerintahkan supaya manusia berlaku adil ialah “Dan (Allah menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” [TMQ An-Nisa’ (4): 58].

Dalil tersebut disyariatkan untuk umum. Allah tidak mengkhususkan bagi sesuatu kaum lalu mengecualikan kaum yang lain. Ini adalah kerana hukum Allah tidak lain disyariatkan untuk seluruh umat manusia. Allah berfirman “Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Saba’ (34): 28].

Selain kewajipan berbuat adil dan wajibnya pemelihara atas seluruh urusan rakyat itu ditetapkan dalam al-Quran, kewajiban-kewajiban tersebut juga ditetapkan dalam as-sunnah seperti sabda Rasulullah “Siapa saja yang mati meninggalkan warisan, maka itu bagi ahli warisnya. Dan siapa saja mati meninggalkan orang yang terlantar, maka tanggungjawabnya bagi kami, dan kadang-kadang baginda bersabda - bagi Allah dan Rasul-Nya” [HR Ibn Majah].
Dalam riwayat Imam Muslim, dari Nafi’ dari Ibn Umar, Nabi saw pernah bersabda: “Ingatlah, masing-masing dari kalian adalah pemimpin (pemelihara), dan masing-masing akan bertanggung jawab atas pemeliharaannya. Seorang amir (penguasa) adalah orang yang memelihara urusan manusia, dan ia wajib bertanggungjawab atas pemeliharaan urusan rakyatnya" [HR Muslim].

Begitu juga Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam telah melarang dengan larangan yang bersifat tegas agar tidak menipu rakyat, dan terhadap pengabaian pemeliharaan urusan rakyat. Nabi bersabda “Tidak seorang hambapun yang diamanahi untuk mengurus urusan rakyat, lalu ia mati, sementara ia menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan baginya syurga.” [HR Bukhari].

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan diatas ternyata negara bertanggungjawab penuh terhadap urusan rakyatnya. Negara wajib menyediakan segala keperluan asas bagi menjamin kehidupan rakyat dalam negara cukup. Setiap negara umat Islam telah Allah cukupkan dengan kekayaan alam di mana rakyatnya tidak perlu merantau mencari pekerjaan di negara asing bagi mencari sesuap nasi. Jika berlaku keadaan sedemikian, ini bermakna pemimpin negara tersebut tidak cekap mengatur urusan rakyatnya ataupun pemimpin tersebut sengaja membiarkan rakyatnya berdikari mencari kehidupannya sendiri. Apakah mereka mampu berdepan dengan Allah atas kecurangan yang mereka lakukan terhadap rakyatnya? Wallahu alam bishawab

NEGARA PERLU KHIDMAT WANITA atau WANITA PERLU KHIDMAT NEGARA?

Negara Perlu Khidmat Wanita…itulah tajuk artikel yang ditulis oleh Sri Ayu Kartikawati Amri [ kartika@hmetro.com.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ] di akhbar Harian Metro pada 7 Julai 2009. Beliau membuat ulasan dalam artikel tersebut setelah menghadiri Seminar Kepekaan Gender yang diadakan di Kuala Lumpur sehari sebelumnya. Seminar ini dirasmikan oleh Tan Sri Faizah Mohd Tahir selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam artikel tersebut, Tan Sri Faizah yang mewakili Menteri KPWKM, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipetik sebagai berkata “Negara masih memerlukan lebih ramai wanita menyertai pasaran pekerjaan berikutan kini hanya 45.7 peratus wanita bekerja berbanding lelaki, 79.5 peratus”. Menurutnya lagi “Kita belum mencapai walaupun 50 peratus wanita yang bekerja di negara ini, apatah lagi penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan juga masih rendah.” Seterusnya beliau menambah “Sebagai contoh dalam bidang politik, hanya 10.4 peratus wanita berjaya menduduki kerusi dewan rakyat dan 8.0 peratus dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri.”

Seterusnya artikel tersebut memetik kenyataan daripada Tan Sri Faizah berkenaan dengan pelan tindakan KPWKM di mana menurut beliau KPWKM akan melaksanakan satu pelan tindakan khas bagi meningkatkan peratusan wanita menyertai pasaran pekerjaan selain mencapai dasar minimum 30 peratus yang ditetapkan kerajaan di mana pelan tindakan itu turut merangkumi pembabitan wanita di lima sektor utama iaitu sektor awam, swasta, kehakiman, legislatif dan badan berkanun.

Dalam keghairahan KPWKM yang baru diterajui semula oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyusun semula pelan tindakan untuk menambah jumlah tenaga kerja wanita di segenap sektor, kementerian ini didesak agar berbuat sesuatu untuk menangani kemelut gejala sosial yang melanda negara. Hal ini disuarakan oleh Muslimat PAS di mana KPWKM diminta memberi tumpuan serius dalam menyelesaikan isu kekeluargaan yang semakin meruncing-statistik yang terkini yang dikemukakan membabitkan lebih 250,000 kes anak luar nikah[www.muslimatpas.org ,13hb Julai 2009].

Seterusnya Ustazah Nuridah Mohd Salleh, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS menyatakan sudah tiba masanya Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilantik semula mengetuai kementerian tersebut bertindak tegas dan mengemukakan strategi khusus untuk menangani isu-isu yang boleh meruntuhkan jati diri dan institusi kekeluargaan di negara ini. Beliau menegaskan, masalah gejala sosial dalam negara ini sebenarnya bermula daripada masalah dalam sesebuah keluarga. Jika keluarga terbabit menghadapi pelbagai kecamukan dari sudut penghayatan agama, masalah ekonomi, didikan dan gaya hidup, maka akan berlakulah keruntuhan serius terhadap institusi keluarga.

Ustazah Nuridah dipetik sebagai berkata "Keluarga merupakan unit paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Kalau keluarga kita baik, masyarakat akan baik, tetapi kalau keluarga kita sendiri bermasalah, maka ia boleh menyumbang masalah kepada masyarakat dan negara.” Seterusnya beliau mahu agar Shahrizat dan kementeriannya berperanan dan mengambil tahu tentang isu sebenar keruntuhan akhlak remaja dan kerapuhan institusi keluarga di negara ini agar ia boleh diselamatkan dan diperkasa sebagai unit kecil yang mahu membangunkan peradaban negara.

Jika diperhatikan dari satu sudut, nampaknya KPWKM mempunyai strategi yang cukup mantap dalam usahanya meningkatkan jumlah pekerja wanita dalam negara, seruan kerajaan disambut baik oleh kementerian tersebut dan langkah pro aktif terus dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi kerajaan. Di satu sudut yang lain pula, kementerian yang sama dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memulihkan institusi kekeluargaan yang kian rosak dan diminta agar diatasi dengan segera masalah sosial yang melanda negara yang seolah-olah berpunca dari keruntuhan institusi keluarga. KPWKM diletakkan dalam keadaan yang boleh diibaratkan seumpama si lumpuh mengejar pelangi, pelangi yang dikejar terlalu tinggi, sengsara berterusan memakan diri.

Memang sukar untuk seseorang mengejar cita-cita yang tinggi apabila pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan masalah yang semakin meruncing yang belum pernah dapat diselesaikan. Kemelut melanda, mana yang perlu didahulukan? Selesaikan masalah atau mengejar cita-cita? Atau mampukah kedua-duanya dilakukan serentak dalam satu masa? Kelihatan seolah-olah KPWKM sekarang perlu dengan segera menyahut seruan “Negara Perlukan Khidmat Wanita” dan pada masa yang sama perlu menjaga dan membenteras segala permasalahan keluarga yang mana khidmat kementeriannya diperlukan layaknya seperti “Wanita Perlukan Khidmat Negara”. Lalu apa kesudahannya kepada kemelut ini?

Di sinilah sebenarnya yang perlu dijelaskan kerana seorang pemikir yang diasuh ilmu dan tsaqafah Islam yang benar akan mampu menghuraikan permasalahan ini. Ini kerana agama Islam yang syumul telah mengajar kita melihat apa punca masalah yang sebenarnya? Setelah dapat dikenal pasti apa punca masalahnya, soalan kedua ialah kenapa masalah seumpama ini berlaku? Seterusya mencari jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan permasalahan ini dan penyelesaiannya mestilah dikembalikan kepada Islam iaitu bersumberkan al-Quran dan Sunnah yang mana ia tidak boleh dijadikan alternatif melainkan satu penyelesaian yang perlu diambil secara hak kerana Islam adalah satu Deen yang mengatur kehidupan manusia. Islam sebagai cara hidup. “Islam is Way of Life”.

Punca Permasalahan dan Kenapa Ia Berlaku
Secara ringkasnya di sini ada dua pertembungan masalah yang boleh diterjemahkan iaitu: Pertama, wanita bersungguh-sungguh ingin memantapkan diri dalam kerjaya dan perlu dipandang setanding dengan lelaki, menyahut cabaran untuk sama-sama tampil ke hadapan, berdaya saing, hebat, diberi hak dan pengiktirafan yang selayaknya. Kedua, wanita dibelenggu dalam permasalahan sosial yang tiada kesudahan malah makin meruncing dan kian parah seolah-olah tiada penyelesaiannya.

Untuk masalah pertama, wanita disibukkan dengan mengejar kerjaya dan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Satu sasaran penunjuk aras telah diletakkan agar wanita mencapai sasaran ini. Kenapa perkara seumpama ini berlaku? Apa yang ingin dikejar sebenarnya kalau bukan kepuasan diri dan keuntungan (manfaat) yang menjadi tunjang kepada sistem Sekular-Kapitalis? Wanita seolah-olah dipaksa agar melupakan tugas hakiki mereka sebagai pengurus rumahtangga dan pendidik kepada anak-anak mereka. Dari Ibnu Umar disebutkan bahwa Nabi Sallalahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda “Setiap diri kalian adalah pemimpin. Seorang wanita adalah pemimpin (pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya, dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"[HR Bukhari dan Muslim].

Dari hadis di atas jelas bahwa hukum asal seorang wanita adalah sebagai Umm(un) wa rabbah al bayt (ibu dan pengatur rumah tangga). Jika hujah ini dikemukakan, maka akan ada yang mengatakan itu wanita zaman dulu sedangkan sekarang wanita zaman moden. Wanita perlu tonjolkan kelebihan yang ada pada mereka, wanita perlu lebih berketerampilan, wanita perlu mempunyai daya saing dan banyak lagi hujah yang akan dikemukakan. Sesungguhnya, di zaman mana pun manusia berada, fitrah manusia tetap sama. Adakah mereka ini lupa yang secara fitrahnya Allah telah melebihkan kaum lelaki dari kaum perempuan? Kaum lelaki adalah pemimpin (qawwamuna) ke atas kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan (faddala) sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka (untuk menanggung wanita)[TMQ an-Nisa (4):34].

Ledakan globalisasi telah memaksa wanita untuk keluar bekerja, kesempitan hidup dalam sistem Sekular-Kapitalis menyebabkan hak-hak wanita terabai, wanita dibiarkan menanggung dirinya sendiri untuk sesuap nasi. Walhal dalam Islam, wanita dijaga oleh wali atau suami masing-masing. Ada juga yang keluar bekerja semata-mata kerana inginkan gaya hidup mewah dan menjaga prestasi sosial masing-masing. Apabila penyakit wahn menyelubungi diri, wanita Islam hilang hala tuju dan terumbang-ambing dilambung ombak Sekular-Kapitalis dan menderita setelah dijangkiti virus penyakit wahn. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Di perkirakan bahawa orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu hidangannya.” Seseorang berkata, “Apakah kerana jumlah kami sedikit di waktu itu (hingga orang-orang kafir boleh menyerbu)?” Baginda bersabda, “Bahkan jumlah kalian di saat itu ramai sekali, tetapi kalian seperti buih air bah (tidak berguna). Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuh kalian terhadap kalian serta memasukkan di dalam hati kalian (penyakit) wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah (penyakit) wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].

Wanita Islam juga dimomok-momokkan dengan isu kesetaraan gender yang merupakan sekadar tipu daya musuh Islam semata-mata untuk melihat wanita Islam jatuh tersungkur dan membiarkan pegangan agama terpinggir dan lebur. Telah jelas kepada kita bahawa perjuangan feminisme dan perjuangan kesetaraan gender adalah satu pembohongan yang diada-adakan oleh musuh Islam. Ia langsung tidak berasal dari Islam, malah Islam sebagai Deen yang syumul telah lebih awal mengangkat darjat wanita dan memberi penghormatan kepada golongan Hawa ini. Hanya saja wanita Islam hari ini telah dirabunkan matanya kalaupun belum dibutakan dengan isu-isu feminisme dan kesetaraan gender yang menyebabkannya hanyut jauh dalam perjuangan yang batil lagi menyesatkan. Sesungguhnya apabila pemikiran umat Islam telah lemah maka amat mudah untuk pihak musuh menggunakan tipu daya mereka dengan apa cara sekalipun. Dan ingatlah firman Allah bahawa “ Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)” [TMQ Al-Baqarah (2):120].

Apabila wanita yang sepatutnya mengurus rumahtangga disibukkan dengan isu-isu perjuangan kesetaraan gender, mendahulukan kerjaya yang statusnya mubah (harus), maka ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan pengatur rumahtangga yang mana sekaligus akan mengakibatkan pengabaian kepada didikan anak-anak. Di sini akan bermula gejala sosial yang melanda negara. Akibat kurangnya perhatian dan didikan agama dalam sesebuah keluarga, keluarga tersebut hancur. Berlakulah sumbang mahram, penzinaan di kalangan remaja, kes buang bayi, mat rempit, penagihan dadah, budaya “black metal” dan seumpamanya. Justeru di mana tanggungjawab negara dalam menangani masalah ini? Kenapa gejala sosial semakin parah? Jawapannya akan dikembalikan semula kepada pengabaian tugas oleh wanita dalam menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

Satu persoalan, adakah benar, wanita tidak akan cemerlang jika mereka hanya duduk di rumah dan mendidik anak sepenuhnya? Ini satu mitos sebenarnya. Faktanya adalah, kenyataan tersebut tidak benar sama sekali! Lihat saja imam-imam besar dan ulama-ulama termasuk pengasas mazhab-mazhab dalam Islam. Siapa yang melahirkan mereka, membesarkan mereka, mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna kalau bukan ibu mereka yang sememangnya wanita? Hanya saja wanita hari ini tidak mahu kembali kepada kehidupan Islam yang benar. Maka natijahnya adalah masyarakat ditimpa penyakit sosial yang amat parah.

Apa penyelesaiannya dalam Islam?
Dalam Islam, wanita adalah sebahagian anggota masyarakat yang merupakan sebahagian warganegara Negara (Daulah Islamiyyah) yang layak mendapat perlindungan harta, nyawa dan kehormatan serta jaminan keperluan asas. Justeru untuk memahami penyelesaiannya menurut syarak, kita mesti memahami bahawa perlindungan kepada wanita termasuk jaminan keperluan asasnya terpenuh hanya dalam sebuah negara yang melaksanakan Islam secara kaffah, secara keseluruhan. Negara (Daulah) ini akan melaksanakan sistem ekonomi Islam yang mana dengannya, pengagihan kekayaan kepada seluruh warganegara menyebabkan wanita tidak perlu bekerja demi untuk ‘survival’ sebagaimana senario ramai wanita hari ini. Negara (Daulah) ini juga akan melaksanakan sistem uqubat yang mana dengannya, hukuman hudud, qisas, takzir dan mukhalafah dilaksanakan oleh imam atau khalifah untuk mencegah dan menghukum pesalah yang terlibat dalam semua aspek pelanggaran hukum termasuk terlibat dalam gejala sosial. Di sini, negara (Daulah)lah yang akan menguatkuasakannya sehingga gejala sosial dapat dihapuskan dan bukannya hanya memfokuskan kepada kaum wanita untuk membendungnya. Sesungguhnya, dengan berdirinya semula Negara Khilafah sahajalah pemimpin dan kaum wanita melaksanakan tanggungjawabnya sesuai syarak sehingga Islam terpancar sebagai rahmatan lil ‘alaamin. Wallahu ‘alam bisshawab.

Nadhirah!!!

Nadhirah...
asal ko slalu x datang???
miss u.
Same with Dayah.
Lame x jumpe.
Bile kite blh jumpa.

DEMOKRASI: SISTEM KUFUR YANG MELAHIRKAN I.S.A.

Tanggal 1 Ogos 2009 bakal mencipta satu lagi sejarah di Malaysia apabila Gerakan Mansuh ISA (GMI) bersama pakatan pembangkang menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Demonstrasi kali ini dijangka lebih besar dari yang diadakan oleh Bersih pada 10 November 2007 yang lalu. Dalam masa yang sama, kumpulan pengampu kerajaan turut ingin keluar berdemonstrasi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Akta zalim tersebut. Janji Najib pada ucapan sulung sebagai Perdana Menteri yang ingin mengkaji semula ISA nampaknya tinggal janji. Setelah selesai segala kenduri-kendara menyambut 100 hari pemerintahan, ISA masih tetap utuh tanpa diusik sedikit pun. Slogan rakyat didahulukan ternyata benar di mana rakyat senantiasa didahulukan untuk merasai segala penderitaan dan kesusahan hasil tindakan kerajaan. Harta rakyat didahulukan untuk dikaut bagi mengkayakan kerajaan seperti cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai pintu, tol dan seumpamanya. Minyak dan gas asli yang merupakan hak milik rakyat juga didahulukan oleh kerajaan untuk dirampas.
Tanggal 1 Ogos nanti, kita sama-sama saksikan sama ada rakyat turut didahulukan untuk ditangkap kerana berani berdemonstrasi untuk memansuhkan ISA. Sebelum rakyat bersuara, sebenarnya bekas Perdana Menteri, Pak Lah telah pun menyuarakan pandangannya untuk memansuhkan ISA [lihat UM 18/07/09]. Pelik tapi benar, dan naik menyampah rakyat dibuatnya! Semasa menjadi Perdana Menteri, mengkaji ISA pun, beliau langsung tidak mahu [lihat UM 19/10/08], malah ia turut menjadi ‘senjata’ utama pemerintahan beliau. Namun bila takhta sudah terlucut, Pak Lah meminta agar ianya dihapuskan. Kini, giliran Najib pula untuk bersilat dengan ‘taming sari’ yang sungguh berkuasa ini. Siapa berani lawan jika ‘keris hikmat’ ini sudah di tangan?

Demokrasi Memberanakkan ISA

ISA merupakan satu akta yang bertindak sebagai tahanan pencegahan (preventive detention). Sebelum ISA, telah ada Ordinan Peraturan Darurat 1948 sebagai undang-undang untuk menghalang anasir subversif khususnya dari Parti Komunis Malaya, yang membenarkan seseorang ditahan tidak lebih dari satu tahun. Setelah darurat diisytiharkan tamat, maka kuasa penahanan yang terkandung di dalam Ordinan tersebut juga turut berakhir kerana peruntukannya telah dimansuhkan. Namun, pada tahun 1960, kerajaan telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang ‘menghidupkan’ semula kuasa tahanan pencegahan di bawah peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Apa yang jelas lagi nyata adalah, lahirnya ISA adalah dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya diluluskan oleh Parlimen. Jika kita tanya, siapakah yang meluluskannya? Maka jawapannya tidak lain tidak bukan, ‘wakil rakyat’lah yang meluluskannya. Jika kita tanya lebih lanjut, bagaimana wakil rakyat boleh meluluskan akta sekejam itu? Maka jawapannya, kerana ‘demokrasi’lah yang membenarkannya dan kerana menurut demokrasi, mana-mana undang-undang sekalipun, boleh diluluskan jika mendapat undi/sokongan majoriti di Parlimen. Atas nama majoriti yang menjadi tonggak ‘kelulusan’ undang-undang di bawah sistem demokrasi, maka sekejam mana sekalipun undang-undang itu, ia tetap dapat dilaksanakan, malah yang halal boleh jadi haram, dan yang haram boleh jadi halal, yang penting, majoriti meluluskannya. Di bawah sistem demokrasi, undang-undang Allah boleh dibuat, digubal, dibuang, dimansuh, dipinda dan dihapuskan dengan sesuka hati, pokoknya ia diluluskan secara majoriti. Inilah hakikat demokrasi yang hina lagi menghinakan!!!

ISA adalah contoh nyata kebobrokan demokrasi yang kononnya dikatakan sebagai pemerintahan ‘oleh rakyat dari rakyat untuk rakyat’ (the rule of the people by the people for the people). Mengikut idea asal demokrasi di bawah konsep ini, rakyatlah yang merupakan ‘tuan’ kepada diri mereka sendiri dan menentukan kehendaknya sendiri dalam membuat peraturan (rule of the people). Rakyatlah (melalui wakil mereka) yang memerintah mengikut peraturan yang telah mereka tetapkan (by the people). Dan mereka menerapkan undang-undang yang mereka cipta itu untuk kesejahteraan mereka (for the people). Namun, apa yang dipraktikkan bertentangan secara diametral dengan konsep yang dibawa. Ternyata, puak yang memerintah adalah segolongan Kapitalis raksasa atau yang di‘back-up’ oleh Kapitalis raksasa. Mereka membuat undang-undang yang mementingkan mereka (seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan sebagainya) dan dengan undang-undang ini, mereka pastikan tidak ada orang/pihak yang boleh menentang atau mengkritik mereka. Jika ada yang berani mengkritik, maka ‘penjara’lah jawabnya. Dan ternyata, banyak undang-undang yang mereka terapkan adalah undang-undang yang memberikan kesejahteraan kepada mereka (bukan kepada rakyat) dan yang dapat mengekalkan kekuasaan mereka.

Sudah sekian lama kita dapat melihat sendiri para penguasa Kapitalis ini menggunakan undang-undang yang mereka gubal untuk menyekat rakyat dari bersuara (atau bertindak) mengkritik mereka. ISA merupakan contoh yang jelas. Jika benar mereka memerintah mengikut kehendak rakyat dan untuk rakyat, sepatutnya sudah lama ISA dihapuskan kerana majoriti rakyat tidak mahukan ISA. Namun, ternyata ini tidak berlaku. Sebaliknya, jika ada wakil rakyat dari parti pemerintah yang berani mengusulkan dan bertindak untuk memansuhkan ISA, mungkin sahaja wakil rakyat berkenaan yang di‘ISA’kan terlebih dahulu. Bertambah malang bagi pihak rakyat apabila pasukan polis dipergunakan habis-habisan, bahkan ada di antara mereka yang sanggup taat membabi buta kepada pemerintah, tanpa menilai langsung sama ada tindakan pemerintah selaras dengan ajaran Islam atau tidak. Malah berapa ramai di antara mereka yang menjadi manusia yang tidak berperi kemanusiaan menangkap dan menyeksa tahanan di bawah ISA, semata-mata kerana taatkan tuan mereka yang derhaka kepada Allah dan Rasul. Termasuk mereka yang ditahan adalah mereka yang berjuang untuk menegakkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Dan berapa ramai lagi pejuang agama Allah di luar sana yang diugut untuk ditangkap di bawah ISA. Sungguh keji dan hina perbuatan mereka ini, tidak ubah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab yang menghalang Rasulullah SAW dari menegakkan agama Allah semasa di Mekah!

Sekiranya kita tanya, dari manakah lahirnya ISA, dan kenapa ia masih kekal hingga sekarang? Jawapannya, ISA sesungguhnya diberanakkan oleh demokrasi dan ‘anak haram’ ini kekal hingga ke hari ini kerana ibunya masih hidup. Ibunyalah yang memastikan anaknya terus hidup. Oleh yang demikian, sungguh aneh bagi umat Islam yang bersungguh-sungguh ingin menghapuskan ‘anak haram’ ini, namun dalam masa yang sama, mereka bersungguh-sungguh menjaga ‘ibu haram’ yang melahirkannya. Sungguh aneh bagi umat Islam yang bermati-matian ingin menolak ISA tetapi dalam masa yang sama bermati-matian ‘menjaga’ demokrasi. Mereka bencikan ISA tetapi sayangkan demokrasi, mereka ingin mansuhkan ISA tetapi tetap mahu mengekalkan demokrasi. Masya Allah! Perbuatan mereka ini tidak ubah umpama bencikan riba, tetapi tetap mengambil riba, yang dengan perbuatannya itu hanya akan memperpanjangkan lagi ‘usia’ perbankan kufur (ibu riba) yang ada. Atau lebih tepat lagi jika dikatakan, mereka umpama bencikan babi, tetapi senantiasa menghidupkan, malah membaik pulih kandang-kandang babi yang ada.

Sedarlah wahai saudaraku! Emosi kita hendaklah dipandu mengikut hukum syarak. Kita memang marah dan bencikan ISA (secara emosi), namun marah dan benci itu hendaklah di atas kesedaran bahawa ISA itu ‘haram’ di sisi syarak. Maka, ISA itu mesti dihapuskan sebab ia bertentangan dengan syarak, bukan kerana sebab lainnya. Justeru, ‘ibu’ yang melahirkannya hendaklah turut dihapuskan kerana bertentangan dengan syarak. Jika kalian menolak ISA, tetapi dalam masa yang sama tetap mengambil demokrasi, maka ibaratnya kalian ingin menghapuskan judi namun dalam masa yang sama membiarkan, malah membenarkan pusat perjudian. Mana mungkin jika kita kasihkan undang-undang Islam, kita tetap 'menyayangi' Perlembagaan Persekutuan? Malah, ada di antara kita yang marah apabila kerajaan Persekutuan tidak bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Apakah kita (dan kerajaan) dituntut oleh Allah SWT untuk mentaati sumber undang-undang kufur terbesar di Malaysia itu? Atau kita hanya dituntut untuk mentaati Al-Quran dan Sunnah? Apakah Perlembagaan Persekutuan yang dicipta oleh sikafir Lord Reid itu selaras dengan Al-Quran dan Sunnah, sehingga kita harus tunduk kepadanya? Kita hendaklah sedar bahawa yang haram itu perlu dihapuskan kesemuanya, tidak kira kecil mahupun besar.

Sungguh, tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa ISA itu lahir dari sistem demokrasi. Selama mana ibu haram ini masih hidup dan dijaga rapi, maka selama itulah ia akan melahirkan anak-anak haram. Bukan sahaja ISA, malah pelbagai anak haram lain lagi yang dilahirkan oleh demokrasi seperti OSA, AUKU, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Kanun Acara Jenayah (CPC), Akta Mahkamah Syariah, Akta Pendidikan, Akta Kawalan Harga, Akta Air dan Elektrik dan bermacam-macam lagi Akta serta Enakmen. Semuanya lahir dari perut demokrasi. Ramai di kalangan umat Islam di Malaysia yang beranggapan ISA itu zalim, tetapi mereka tidak pula menganggap Akta Pendidikan, Akta Syarikat, Akta Cukai atau Akta Kontrak sebagai zalim, walhal kesemuanya adalah undang-undang yang dibuat oleh manusia dengan suara majoriti di bawah sistem demokrasi. Dan kesemua undang-undang ini diluluskan tanpa memperhatikan Al-Quran dan Sunnah sedikit pun. Dan kita semua tahu bahawa sistem pendidikan kita adalah sekular, sistem ekonomi pula Kapitalisme-kufur yang kesemuanya terhasil dari undang-undang buatan manusia yang diluluskan di Parlimen. Jadi, selama mana sistem demokrasi masih tidak terhapus, maka selama itulah ISA boleh wujud. Malah, undang-undang yang jauh lebih zalim dari ISA pun boleh diwujudkan, yang penting majoriti ahli Parlimen bersetuju. Inilah realiti negara demokrasi!

Demokrasi Dijadikan Way Of Life

Usaha untuk menghapuskan ISA patut dipuji dan disokong. Hanya sahaja, usaha tersebut hendaklah selaras dengan Islam dan niat para pejuangnya juga hendaklah semata-mata kerana Islam. Dalam masa yang sama, undang-undang kufur lain juga mestilah diperjuangkan untuk dihapuskan oleh umat Islam. Pokoknya segala undang-undang buatan manusia yang diluluskan oleh wakil rakyat di Parlimen perlu dihapuskan, kerana ia bukanlah undang-undang Islam dan bertentangan dengan Islam sama sekali. Jika ISA berjaya dihapuskan, namun undang-undang kufur lain masih lagi berkuat kuasa, maka perjuangan mestilah diteruskan. Perjuangan umat Islam bukanlah sekadar untuk menghapuskan ISA atau mana-mana undang-undang yang dianggap zalim sahaja, malah perjuangan hendaklah ditujukan kepada aspek yang jauh lebih besar dari itu, yakni ‘sistem’ yang melahirkan undang-undang tersebut hendaklah diperjuangkan agar dihapuskan. Selagi akarnya masih hidup, maka selagi itulah seluruh cabang dan rantingnya akan hidup.

Sungguh sedih dan mengecewakan apabila melihat sebahagian besar dari umat Islam yang masih terus bergelumang dengan demokrasi. Malah, dalam setiap tindakan dan perbuatan mereka, termasuk tindakan yang dilakukan oleh pemerintah, mereka menilai dan meletakkan ‘standard kebenaran’nya dengan demokrasi. Mereka sering mengatakan bahawa ‘tindakan kami adalah selaras dengan demokrasi’, ‘kami berjuang dalam lunas-lunas demokrasi’. Dan mereka marahkan pemerintah dengan mengatakan bahawa, ‘tindakan pemerintah adalah tidak demokratik, atau ‘tidak selaras dengan prinsip demokrasi’ atau mereka mengatakan, ‘pemerintah telah melanggar semangat demokrasi’ dan seumpamanya. Parti pemerintah juga mengatakan perkara yang sama di mana mereka menuduh pembangkang tidak demokratik dan merekalah yang demokratik. Begitulah tuduh-menuduh, tuding-menuding dan perbalahan yang sering kita saksikan di antara parti pembangkang dan pemerintah, malah turut melibatkan sebahagian dari umat Islam lainnya sama ada secara individu atau pun gerakan. Satu hal yang pasti, masing-masing telah menyandarkan nilai atau ‘standard kebenaran’ hujah masing-masing kepada demokrasi, bukannya kepada Islam. Baik atau buruk, terpuji atau tercela, mulia atau hina sesuatu tindakan itu, semuanya dinisbahkan dengan demokrasi, seolah-olah demokrasilah ‘kayu ukur’ kepada kebenaran atau kebatilan di dalam hidup ini.

Sungguh amat mendukacitakan apabila umat dan gerakan Islam telah menjadikan demokrasi sebagai cara hidup (the way of life) mereka, di mana setiap tindakan dan tingkahlaku (khususnya dalam persoalan politik) dinisbahkan dengan demokrasi. Sesuatu perbuatan itu dikatakan baik apabila selaras dengan demokrasi dan menjadi buruk apabila bertentangan dengan demokrasi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa mereka ini telah menjadikan demokrasi seolah-olah sebagai ‘agama’ di mana setiap tindakan, perbuatan dan perkataan mesti disandarkan kepada demokrasi. Fenomena nyata di mana demokrasi ini dijaga ‘kesuciannya’ boleh dilihat setiap kali pilihan raya diadakan, baik pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil. Standard ‘suci dan hina’ seseorang calon, penyokong mahupun parti yang bertanding diukur dari sejauh mana mereka berpegang teguh kepada demokrasi. Lagi kuat mereka berpegang dan mematuhi prinsip-prinsip demokrasi, maka lagi ‘suci’lah mereka dan jika melanggar demokrasi, maka buruk dan hinalah mereka. Dan oleh sebab ‘kesucian’ diukur dengan demokrasi, maka masing-masing ‘takut’ jika dikatakan atau dituduh sebagai tidak demokratik. Dan masing-masing juga turut berebut-rebut untuk tunduk kepada peraturan demokrasi agar mencapai darjat ‘kemuliaan’ kerana dikatakan mematuhi demokrasi. Begitulah yang terjadi secara berulang-ulang kepada para pejuang demokrasi. Demokrasi seolah-olah menjadi satu ‘agama baru’ yang suci yang mesti dijaga kesuciannya dan tidak boleh dicemari sedikitpun. Siapa sahaja yang ‘mencemari’ demokrasi atau proses demokrasi, maka hinalah orang itu bagi mereka, dan jika berpegang teguh dengannya, maka mulialah orang itu. Malah, mereka akan cukup-cukup marah dan melenting jika ada pihak yang menghina atau mengutuk demokrasi atau menyatakan demokrasi itu haram. Inilah pegangan sebahagian dari umat/gerakan Islam yang begitu mensucikan demokrasi. Alangkah jauhnya mereka dari kebenaran! Semoga Allah menyedarkan mereka dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

Wahai kaum Muslimin! Sukalah kami mengingatkan kalian bahawa kayu ukur, standard kebenaran, kemuliaan dan kehinaan, baik dan buruk serta terpuji dan tercelanya sesuatu tindakan dan perbuatan itu, semuanya hendaklah dinisbahkan kepada Islam, bukannya kepada demokrasi. Mulia dan benarlah seseorang itu bila dia mengikut Islam, serta salah dan hinalah seseorang itu apabila dia menyalahi Islam, bukannya kemuliaan dan kehinaan itu kerana dia mengikut atau menyalahi demokrasi. Hakikatnya, kerana mengikut dan tunduk kepada demokrasilah yang selama ini menyebabkan umat Islam hidup terhina di seluruh dunia. Demi sesungguhnya, sistem demokrasi yang diterapkan pada hari ini adalah sistem kufur. Ia lahir dari akidah kufur yang berasal dari Barat dan langsung tidak punya hubungan sama sekali dengan Islam, dilihat dari aspek mana sekalipun. Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam dalam garis besar mahupun rinciannya, dalam aspek sumber kemunculannya, aqidah yang melahirkannya atau asas yang mendasarinya, serta berbagai idea dan peraturan yang dibawanya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Kami telah pun menerangkan akan keharaman ISA di sisi Islam di dalam SN174. Kami juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang keharaman demokrasi menurut Islam di dalam SN167. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa sesungguhnya Islam ini telah lengkap dan sempurna dan tidak ada satu pun yang tertinggal dari diwahyukan oleh Allah Azza Wa Jalla. Apatah lagi apabila kita membincangkan tentang sistem pemerintahan, satu perkara yang amat penting yang tercakup di dalam perintah Allah untuk menzahirkan agamaNya di muka bumi. Maka, teramatlah mustahil jika Allah tidak menurunkan hukum tentang pemerintahan atau menurunkan satu bentuk sistem pemerintahan yang tidak lengkap. Mustahil sama sekali sistem pemerintahan Islam tidak lengkap sehingga kita perlu mengambil sistem pemerintahan demokrasi dari Barat untuk melengkapkannya, apatah lagi sebagai galang ganti. Jika kita meyakini Firman Allah “pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu” [TMQ al-Mai’dah (5):3], maka kita hendaklah meyakini bahawa Allah dan Rasul telah mengajar kita dari hal membuang air kecil hinggalah kepada hal memerintah dunia, dan tidak ada satu pun urusan agama ini yang tercicir atau tidak lengkap. Janganlah kalian menjadikan kejahilan kalian tentang agama Allah sebagai penyebab kalian mencari sistem lain, atas dalih bahawa Allah dan Rasul tidak merincikan hukum tentang pemerintahan. Na’uzubillah min zalik. Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam adalah Sistem Khilafah dan sistem ini telah lengkap sempurna tanpa memerlukan ‘pertolongan’ dari demokrasi sedikit pun. Wallahu a’lam.

Monday, July 27, 2009

Sah! Amerika Adalah Musuh Umat Islam

KABUL: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengaku empat orang yang dibunuh askarnya dalam satu serbuan bukan 'pejuang' selepas penduduk berkata mangsa adalah seorang ibu dan anaknya termasuk seorang bayi.

Pegawai dan saksi Afghanistan awalnya menuduh tentera membunuh penduduk awam dalam serbuan tengah malam kelmarin di wilayah Khost, tetapi tentera Amerika awalnya berkata membunuh 'empat pejuang.'

"Siasatan lanjut mengenai operasi tentera pakatan dan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (ANSF) di Khost awal hari ini menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera bukan musuh seperti dilaporkan sebelum ini. "Pasukan tentera pakatan bekerjasama dengan pegawai Afghanistan dan anggota keluarga menyampaikan takziah dan memberi bantuan berikutan kejadian tragik itu," kata tentera dalam kenyataan sambil menambah siasatan diteruskan.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian membabitkan penduduk awam dibunuh atau cedera diserang tentera antarabangsa yang berada di Afghanistan untuk memburu pejuang Taliban dan al-Qaeda. Ketua polis Khost yang bertanggungjawab dalam usaha menangani keganasan, cuma dinamakan Ghazuddin, memberitahu anggota tentera pergi ke kampung di luar Khost untuk memburu militan. Mereka memanjat bumbung beberapa rumah untuk mengepung bangunan yang menjadi sasaran.

Penghuni sebuah rumah, dimiliki seorang kolonel Tentera Kebangsaan Afghanistan yang berkhidmat di tempat lain, menyangka mereka adalah pencuri, keluar dengan senjata dan melepaskan tembakan.

"Tentera Amerika membalas tembakan kerana menyangka mereka adalah militan," kata Ghazuddin. AFP

Sumber : Berita Harian, 1/04/09

Sah Amerika Adalah Musuh Umat Islam

Apa lagi ulasan dan kata-kata yang kita boleh ungkapkan melainkan laknatullah kepada Amerika dan sekutu-sekutunya juga kepada agen-agen dan bonekanya, para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada negara pengganas nombor satu dunia itu. Mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan operasi ketenteraan untuk membunuh umat Islam. Apabila terjadi peristiwa seperti ini mereka tanpa rasa malu dan bersalah meminta maaf. Apakah kita sebagai umat Islam boleh menerima permohonan maaf mereka dengan sebegitu mudah? Hanya mereka yang munafik dan bersekongkol dengan Amerika sahaja yang boleh memaafkan tindakan biadab Amerika itu.

Sedarlah wahai umat Islam! Umat yang masih lagi merangkul aqidah Islam dalam hidup mereka! Hanya dengan keberadaan khalifah sahajalah umat ini akan mampu dan berupaya untuk mengajar kebiadaban dan kekejaman AS laknatullah! Campakkanlah jauh-jauh kebergantungan dan pengharapan kalian kepada pemimpin-pemimpin sekular umat Islam yang tunduk kepada kuasa kufur dan menjadi pengkhianat kepada Islam dan umat Islam. Hanya khalifah sahajalah yang layak dan mampu menjadi perisai dan pelindung kepada umat Islam. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Imam itu adalah perisai, dengan perisai itu umat berperang dan melindungi dirinya.” [HR. Muslim].

Ketahuilah di bawah pimpinan seorang khalifah, seorang imam yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia, seluruh pasukan tentera umat Islam akan disatukan dan digerakkan untuk menghentikan kekejaman AS. Khalifah akan membebaskan setiap jengkal tanah umat Islam dengan jihad, seperti yang pernah dilakukan sebelumnya oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Apakah kalian tidak merindui syurga Allah SWT? Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. [TMQ at-Taubah(9):111].

Wanita Terhebat Dunia

Apakah parameter yang menentukan kehebatan seseorang wanita? Adakah ia ditentukan daripada kedudukan kewangan mereka ataupun faktor-faktor lain?

Bagi majalah perniagaan terkenal, Forbes, mereka mempunyai cara perkiraan tersendiri dalam mencari senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia.

Bagi majalah ini kriteria yang menilai 'kuasa' seseorang wanita itu adalah kedudukan mereka sebagai sebahagian daripada profil awam.

Populariti yang dikaut hasil daripada hebahan di media termasuklah kedudukan kewangan serta pencapaian mereka dalam sesebuah negara juga menjadi penyumbang untuk dimasukan dalam senarai tersebut.

Selain itu, jawatan yang dipegang kini juga faktor menjadi penentu sejauh mana mereka layak digelar wanita terhebat di dunia.

Pemilihan yang dibuat tahun ini tidak begitu mengambil kira kedudukan kewangan wanita sebaliknya mereka yang berjaya dalam bidang kerjaya seperti ketua eksekutif, pemimpin masyarakat, pegawai terpilih dan pegawai atasan yang membuktikan mereka mempunyai pengaruh terhadap pengikut bawahan mereka.

Setakat ini mengikut senarai Forbes, takhta wanita paling berpengaruh di dunia masih diduduki oleh Canselor Jerman, Angela Merkel.

Merkel merupakan wanita yang menduduki kedudukan teratas tersebut selama tiga tahun berturut-turut selepas beliau menang pada pilihan raya demokrasi di negara itu.

Berbeza bagi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Senator Hillary Clinton walaupun menduduki tempat ke 28 wanita paling berkuasa, tetapi beliau merupakan wanita paling tinggi mendapat tumpuan awam ekoran kejayaan menduduki kabinet Presiden Barack Obama dan sebelum ini bertanding untuk mendapatkan kerusi presiden.

Dalam pada itu tempat kedua bagi wanita paling berkuasa diduduki oleh Sheila C. Bair yang merupakan ketua Federal Deposit Insurance Corp., di Amerika Syarikat.

Indra Krishnamurthy Nooyi dari PepsiCo pula mengisi tempat ketiga apabila beliau menjadi wanita yang bertanggung jawab memperluaskan perniagaan makanan dan minuman di peringkat antarabangsa.

Ini diikuti pemilik syarikat kesihatan terbesar, Wellpoint, Angela Braly pada tempat keempat. Brady bagaimanapun berhadapan dengan sedikit konflik apabila penilaian beliau tentang kedudukan kewangan syarikatnya telah mengakibatkan stok tidak stabil dan membangkitkan kemarahan pekerja.

Tempat kelima diduduki oleh Cynthia Carroll empunya empayar perlombongan terbesar Angglo-American. Diikuti Irene Rosenfeld pemilik Kraft Foods di tempat keenam. Beliau juga adalah individu yang bertanggung jawab menjadikan biskut Oreo terkenal di China.

Dalam beberapa bulan terakhir perkhidmatannya, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice masih tersenarai di tempat ketujuh biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik.

Di tempat kelapan pula diduduki oleh isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching. Beliau diiktiraf kerana menjadikan Temasek Holdings unggul bukan sahaja di Singapura malah di Asia. Ho Ching kini juga memiliki saham sebanyak 15 peratus di Merrill Lynch

Sumber : Utusan Malaysia On Line 22/07/2009

ULASAN:
Wanita terhebat di dunia…sekilas pandang tiada apa yang bahaya. Namun jika betul-betul difikirkan, inilah pemikiran kapitalis yang sejak sekian lama mencuba bagi menentukan parameter ataupun ukuran sejauh mana hebatnya seseorang wanita itu. Ukuran yang lahir dari asas yang meletakkan tembok pemisah antara agama dan kehidupan seharian ini malangnya telah mula meresapi sebahagian besar umat Islam umumnya dan muslimah khususnya. Kedudukan kewangan, status jawatan dan seorang yang berpengaruh dalam masyarakat antara gambaran pemikiran kapitalis sebagai ukuran hebat atau tidaknya seseorang wanita.

Sebagai Muslimah kita tidak perlu merasa lemah dan tersisih sekiranya tidak menepati parameter di atas dan dinobatkan sebagai ‘wanita terhebat di dunia’. Islam dari awal kedatangannya lagi telah memberikan ukuran sebenar yang mesti diusahakan oleh umat Islam agar mendapat tempat yang mulia disisi Allah, sepertimana yang termaktub dalam firmanNya : “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu” [TMQ Al Hujurat (49):13]

Sememangnya, apa yang dikemukakan oleh Majalah Forbes ini adalah baja penyubur kepada benih-benih beracun yang semai oleh pemikiran kapitalis. Tujuannya tidak lain agar Muslimah meninggalkan ukuran yang dibawa Islam iaitu menjadikan syariat dan hukum-hukum Islam sebagai pembimbing utama dalam kehidupan.

Sesungguhnya, hanya syariat Islamlah satu-satunya jalan yang mampu menghantarkan muslimah kepada darjat kemuliaan. Amat Jelas terbukti dalam sejarah bagaimana nama-nama hebat pejuang Muslimah telah terpateri hasil dari ketaatan mereka melaksanakan kewajipan Allah dan kegigihan berdakwah bagi memastikan sinar islam terus terpancar. Khadijah Ibn Kuwailid, Aisyah ibn Abu Bakar, Fatimah ibn Muhammad, Kabsyah bintu Rafi’, Ummu Sulaim ibn Milhan, Zainab Al-Jahsy adalah antara muslimah hebat yang selayaknya menjadi ikutan dan panduan bagi kita di dunia.

Muslimah yang dikasihi, berhati-hatilah menerima segala idea dan parameter yang diagung-agungkan oleh Kapitalis dengan menyaringnya terlebih dahulu dengan aqidah dan tsaqafah Islam. Oleh itu Muslimah harus sesegera mungkin meningkatkan penguasaan tsaqafah Islam sebagai jalan untuk meningkatkan kualiti berfikirnya serta tidak terikut-ikut dengan idea-idea dan pemikiran kufur golongan Sekular Barat ini. Firman Allah : “Dan kami turunkan Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, dan agar supaya mereka berfikir” [TMQ An-Nahl (16) : 44].

Dengan erti kata lain kita diwajibkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk hanya mengambil pandangan hidup yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan mengharamkan selainnya. Firman Allah “Dan apa-apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu maka ambillah, dan apa-apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras siksaanNya” [TMQ Al Hasyr (59 ) : 7]

Wallahula’lam bishawab