Wahai kaum Muslimin! Allah SWT telah mengurniakan kalian kemuliaan dengan deenul Islam yang diturunkanNya melalui Rasulullah SAW dan Dia juga telah memberi amaran kepada kalian melalui wahyuNya. Hanya kerana Islamlah kalian dikeluarkan untuk menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia. Kemuliaan dan kesejahteraan kalian bergantung kepada pelaksanaan deenul Islam sebagai cara hidup. Dan kesejahteraan ini bukanlah untuk kalian sahaja, tetapi untuk seluruh manusia, setelah manusia menanggung dan terus menanggung kekejaman di bawah kejahatan sistem buatan manusia. Tambahan lagi, penerapan cara hidup terbaik ini tidak akan mampu direalisasikan selagi Al-Quran diketepikan, dan selagi tidak ada sebuah Negara yang akan menerapkan segala ajarannya dan membawa risalah ini ke seluruh dunia - iaitu melalui Negara Khilafah ala minhaj nubuwwah - yang akan membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan.
Ingatlah wahai saudaraku! Dalam keadaan kalian diselubungi kemewahan mahupun penderitaan, Allah SWT tidak akan menghantar para malaikat untuk menubuhkan Negara Khilafah, sebaliknya ia (penubuhan Khilafah) merupakan kewajipan yang wajib diusahakan oleh kalian, sebagaimana ia kewajipan yang telah diusahakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang telah menubuhkan Negara Islam Madinah. . Carilah limpah kurnia Allah untuk bersama dengan sebuah parti yang berusaha untuk mewujudkan rahmat Allah ke seluruh alam. Moga-moga dengan sokongan kalian, janji Allah SWT untuk memberi kemenangan dan kekuasaan serta khabar gembira yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW bahawa Khilafah akan kembali semula akan dapat direalisasikan, Insya Allah. Wahai kaum Muslimin! Kalian adalah pembawa cahaya kepada alam dan kalian adalah orang yang selayaknya memimpin dunia, dengan Islam.
¿Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya¿ [TMQ al-Anbiya¿ (21):21].
Wednesday, July 22, 2009
Bangkitlah Daulah Khilafah untuk kali kedua!!!
Posted by *Wanita Islam* at 12:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment