CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 17, 2009

Israel giat usaha runtuh al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa, rumah ibadat suci ketiga umat Islam berada dalam bahaya besar berikutan kerja penggalian berterusan yang dilakukan Israel di bawah Haram al-Sharif di Baitulmaqdis Timur.

“Israel meneruskan kerja menggali dan mengorek betul-betul di bawah Haram al-Sharif menyebabkan kerosakan teruk kepada kestabilan tapak Masjid al-Aqsa,” kata pemimpin Pergerakan Islam di wilayah itu, Sheikh Raed Salah.

Salah, yang mengawasi rapi kerja penggerudian Israel di Kota Lama Baitulmaqdis Timur selama lebih 25 tahun, berkata rejim Zionis itu langsung tidak mempedulikan bantahan negara Arab dan Islam berhubung bahaya yang dihadapi tanah suci Islam berikutan kerja itu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Israel dengan kerjasama kumpulan peneroka haram Yahudi berpengaruh, memulakan usaha menggali terowong di Kota Lama.

Ia menyifatkan terowong itu ‘projek pelancong’ yang tidak memberi ancaman kepada kawasan suci Islam.

Bagaimanapun, penduduk Palestin dan beberapa pertubuhan Israel termasuk Jawatankuasa Israel Menentang Pemusnahan Rumah, percaya matlamat utama penggalian terowong ialah untuk membuka laluan menyerang al-Aqsa dan kawasan suci Islam lain di kawasan itu. Tahun lalu, seorang peguam Israel yang mewakili kumpulan antipenempatan, Ir Amin, mendedahkan peneroka yang dibantu kerajaan cuba mewujudkan ‘fakta tidak boleh diubah’ sebagai sebahagian usaha mengambil alih seluruh kawasan berkenaan.

“Tidak ragu-ragu lagi tapak al-Aqsa semakin lemah disebabkan terowong itu dan kerja penggalian lain. Anda tidak perlu menjadi arkitek hebat untuk menyedari perkara itu. Kami mengesan lubang dan retakan di seluruh kawasan,” kata Salah.

Sebahagian halaman masjid suci itu runtuh tahun lalu disebabkan kerja penggalian di bawahnya. Runtuhan berlaku hampir dengan air pancut Qaitbay di bahagian barat masjid berkenaan.

Salah berkata, beliau amat pasti Israel sebenarnya mahu memusnahkan al-Aqsa. “Mereka mahu melakukannya seolah-olah ia disebabkan masalah semula jadi, seperti gempa bumi. Bantahan lisan tidak menghentikan tindakan rejim Zionis itu daripada menghancurkan kawasan suci Islam terutama masjid al-Aqsa,” katanya. - Agensi

[Sumber : Berita Harian: 22/05/09]

Al-Aqsa Harapkan Keprihatinan Umat Islam

Sekali lagi emosi umat Islam dipermain-mainkan oleh rejim Israel laknatullah. Israel nampaknya terus mencabar perasaan umat Islam kerana mereka mengetahui bahawa di saat ini tidak ada kekuatan dari umat Islam yang mampu menghentikan tindakan biadab mereka ini. Ketahuilah bahwa hanya kekuatan Khilafah sahajalah yang mampu memberhentikan tindakan biadap Israel ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa hanya dengan kekuatan Khilafah sahajalah Baitulmaqdis dan juga masjid al-Aqsa dikembalikan kepada umat Islam sebagaimana yang pernah dilkakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan panglima perang Salahuddin Al-Ayyubi. Umat Islam di seluruh dunia saat ini juga perlu menyedari bahawa isu masjid al- Aqsa bukanlah persoalan umat Arab Palestin semata-mata tetapi ianya adalah merupakan isu sejagat bagi seluruh umat Islam yang berjumlah 1.5 billion orang ini. Untuk itu keperluan mendesak dan yang paling utama bagi seluruh umat Islam dan juga gerakan-gerakan Islam saat ini adalah menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah bagi menyatukan seluruh dunia umat Islam ini dan seterusnya mengembalikan wilayah umat Islam yang dirampas dan juga yang ditindas seperti Iraq, Afghanistan dan yang lain-lainnya termasuklah Baitulmaqdis kepada umat Islam.

Inilah keutamaan yang perlu disegerakan oleh umat Islam. Apakah perasaan kita sebagai umat Islam tidak tersentuh dengan kebiadaban Israel ini? Sedarlah wahai umat Islam bahawa saat ini kawasan umat Islam ini telah dikotori dan dicemari oleh kekufuran rejim Israel laknatullah. Ingatlah, Khalifah Umar al-Khattab, setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul Muqaddis, bergerak menuju Haram Asy-Syarif, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi dengan sampah-sarap lantas beliau menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Haram Asy-Syarif itu dapat dibersihkan dan layak menjadi tempat suci umat Islam. Di tengah-tengah kawasan inilah, tersergam batu di mana berpijaknya nabi SAW sebelum ke langit dalam perjalanan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini, telah dibina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung. (Perlu diingatkan di sini bahawa Masjid Al-Aqsa yang dibina oleh Khalifah Umar ini bukanlah masjid yang disebut semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Sebenarnya, keseluruhan kawasan Haram Asy-Syarif adalah Masjid Al-Aqsa).

Kawasan inilah yang kini sedang dicerobohi dan dicemari oleh kaum Yahudi laknatullah. Wahai kaum Muslimin, di manakah Salahuddin, di manakah Umar al-Khattab umat hari ini! Umat ini memerlukanmu...umat ini memerlukan penyatuan, umat ini memerlukan Khilafah!

Tuesday, June 16, 2009

ALLAH SAYANGKAN SAYA


TUHAN SAYANGKAN SAYA...Saya masih ingat dengan jelas peristiwa yang berlaku pada penghujung tahun lepas. Waktu tu saya seolah-olah menghuni kat sebuah planet yang suram, sunyi dan kosong.Yang tinggal cuma saya dan musuh saya sejak saya kecil lagi iaitu KEGELAPAN.Sudah puas saya pujuk diri saya agar keluar dari dunia yang penuh dengan kesamaran itu.

Tetapi saya tetap gagal..!!!! Saya terbawa-bawa dengan emosi saya.Saya marah dengan takdir yang menimpa saya,saya pernah terfikir untuk lena selama-lamanya kerana saya nak lari dari sebuah hakikat yang menyeksa kehidupan saya.. Semuanya berpunca selepas saya gagal untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan STPM.

Selepas saje habis exam, saya menangis tanpa henti.Saya betul-betul kecewa bila saya sedar masa depan saya dah kelam. Cita-cita, impian, dan perancangan untuk masa depan saya dah musnah sama sekali.Saya tak akan sedih atas kegagalan saya kalau saya seorang yang malas belajar atau tak serius dengan pelajaran.

Saya juga tak akan bersedih jika diri saya sendiri merupakan penyebab kegagalan saya semasa exam dulu.Tapi, saya seorang yang serius belajar sebab saya nak sangat menjejakkan kaki kat universiti. Pada mulanya saya salahkan diri saya atas apa yang berlaku.Lama-kelamaan saya sedar satu benda.

Saya bergelut dengan emosi dalam dewan peperiksaan kerana seorang lelaki yanq bergelar AYAH. Bukan saya sengaja untuk mengaibkan sesiapa.Sejak kecil lagi saya dibesarkan dengan cacian, makian dan tengkingan. Saya tak pernah diajar untuk menjadi seorang yang solehah. Walaupun ayah saya merupakan seorang yang berkelulusan dari sekolah pondok, namun saya tak pernah tengok dia brpuasa, solat atau melakukan kebaikan.Bayangkan ayah saya berumur hampir 70 tahun.

Namun, sinar keinsafan tak pernah wujud dalam hidupnya. Saya masih bertahan kerana saya memiliki seorang ibu yang terlalu baik, penyabar, dan tabah. Saya mampu terus hidup kerana ibu saya..Saya penah tanya ibu saya sebab utama ibu masih bertahan dengan sikap ayah saya. Alasan ibu cuma satu.

Saya masih ingat dengan jelas jawapan ibu.Kata ibu,

` Allah nak uji keimanan ma melalui seorang suami yang macam ayah. Ma yakin Allah takkan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu di tanggung oleh mereka. Ma akan terus berdoa agar Allah bukakan pintu hati ayah. ’

Masyaallah.. Ibu saya terlalu baik. Walaupun ayah selalu menyakiti ibu dengan tuduhan-tuduhan yang teruk, ibu saya masih mendoakan dia.. Tapi, saya bukanlah seperti ibu yang sangat sabar dan pemaaf. Makin hari dendam saya pada ayah makin menebal. Saya bencikan dia sepenuh hati saya. Dah terlalu lama saya bersabar dengan sikap ayah. Saya dah penat menangis kerana sikap dia.. Dah terlalu lama... Saya dah penat..

Berbalik pada peristiwa semasa saya sedang sibuk untuk exam, ayah saya telah bergaduh dengan ibu saya sehari sebelum saya exam.Saya masih ingat segala kata-kata kesat yang dia lemparkan pada ibu saya. Waktu tu saya benar-benar tertekan. Tiba_tiba semua tangisan ibu dan tempikan ayah mula ternyiang-nyiang di telinga saya. Sampailah keesokan harinya, saya masih mendengar suara-suara tu. Saya cuba kawal diri saya agar saya tak menangis dan rebah di dalam dewan peperiksaan.

Akhirnya, saya sendiri tak tahu apa yang saya jawab semasa exam. Situasi itu berlangsung hinggalah hari terakhir saya exam. Lepas exam saya cuma terperuk di dalam bilik dan menangis. Saya sedar result saya akan teruk.Usaha saya sejak dari lower 6 dah musnah. Saya benci ayah!!!!

Saya bunuh perasaan sayang saya pada setiap orang kerana saya tak mau menangis lagi. Saya tak mau menangis lagi!!!!!! Saya sedar, perasaan kasih sayang akan melemahkan saya. Buktinya, tangisan ibu buat saya turut menangis dan menderita. Saya nak lari dari sebuah hakikat. Saya marah kerana darah lelaki itu mengalir dalam badan saya.

Saban hari persolan yang sama menerjah dalam kotak fikiran saya.. Kenapa semua ni menimpa saya?? Kenapa ayah saya tak macam ayah orang lain?? Kenapa terlalu banyak masalah menimpa saya?? Apa dosa saya?? Saya sendiri tak ada jawapan untuk setiap persoalan tu. Akhirnya, soalan-soalan itu terbiar tanpa jawapan. Suatu hari ibu saya berbicara dengan saya.

Macam-macam nasihat ibu bagi pada saya. Kata ibu, saya tak boleh membenci ayah kerana saya wujud kat dunia ni pun kerana dia.Kemudian ibu bagitau saya satu rahsia. Ibu cakap walaupun ayah selalu menyakiti diri ibu, tapi ibu tetap berterima kasih kat ayah sebab tanpa ayah, ibu tak akan miliki anak perempun yang hebat seperti saya. Saya adalah kekuatan ibu. Nama saya jugak ibu yang pilihkan sebab ibu mahukan KETENANGAN bertunas dalam diri family kami.

Ibu juga bagitau saya hari-hari ibu berdoa pada Allah agar saya dapat result yang baik dalam STPM.Time tu saya mula menangis sebab saya dah putus asa nak berdoa. Saya takut saya gagal. Namun Ibu tidak putus-putus meyakinkan saya agar bersemangat dengan hidup ni. Yang penting, ibu nak saya keluar dari KEGELAPAN yang melingkari hidup saya.

Ibu tak sanggup tengok saya terus berperang dengan emosi saya,saat itu saya cuma membisu tanpa suara. Alhamdulillah, selang seminggu saya mula redha dengan ujian Allah ni. Saya mula meluahkan segala penderitaan saya melalui tulisan. Saya tak mahu terus memendamkan segala kesakitan dan penderitaan yang wujud sejak saya kecil lagi. Perasaan-perasaan negatif ni akan melemahkan saya.

Saya menyesal kerana pernah terfikir untuk mati..Saya betul-betul menyesal. Saya mula dekatkan diri dengan Allah.Saya mengadu dan merintih hanya pada Dia. Harapan saya cuma satu. Saya nak jadi seorang wanita yang kuat dan tabah macam ibu!!!! Lepas result STPM di umumkan, saya mula yakin pada kuasa Allah swt. Rupa-rupanya Allah memang sayangkan saya.

Allah telah memakbulkan doa ibu saya.Selama nie Allah kirimkan pelbagai ujian pada saya kerana Allah peduli akan saya..Saya sendiri tak percaya saya dapat result yang cemerlang dalam STPM dan menjadi pelajar terbaik di sekolah. Bila ibu tau, ibu cuma tersenyum. Terima kasih ma,saya sayang ma sangat-sangat.

Sejak itu saya teruskan menulis sebagai terapi. Saya sedar sikap memendamkan perasaan akan melemparkan kita ke arah kegelapan. Saya juga dalam proses untuk mengikis dendam-dendam yang wujud pada ayah.

Saya perlukan masa untuk memaafkan ayah. Walaupun ayah masih tak berubah, saya akan bersama-sama ibu untuk terus memohon agar Allah bukakan pintu hati ayah.Saya jugak lebih mendekatkan diri pada Allah. Allah kirimkan kasih sayang-Nya pada saya kerana Dia sayangkan saya. Insyaallah, saya tak akan mengsia-siakan nikmat ni..

Kawan Sejati...

Siapakah kawan anda???
Adakah kawan anda mengambil berat tentang anda???
Adakah dia sanggup berkongsi suka dan duka bersama anda???
Adakah dia sanggup menolong anda ketika anda dalam kesusahan???
Persoalannya hanya mereka yang tahu...

Ada kawan seperti gunting dalam lipatan...
Ada kawan yang tetap setia pada persahabatan yang telah terbina...

Saya menasihatkan, jika anda mahu berkawan,
Pilihlah kawan yang baik, tetap setia dengan persahabatan yang terbina, yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama anda dan juga kawan yang baik hati

Hanya Kawan Sejati yang boleh buat itu!!!

PENGORBANAN SEORANG IBU

Renungkanlah...

"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

Israeli soldiers kill four in deadly Gaza clashes

Khaled Meshaal, leader of the Islamist movement Hamas, was set to travel to Cairo on Monday for reconciliation talks with rival Fatah faction in a bid to revive efforts to restore Palestinian unity.

The Hamas delegation, which crossed into Egypt from Gaza earlier, includes former foreign minister Mahmud Zahar and is scheduled to hold talks with the head of Egyptian intelligence chief Omar Suleiman, the main mediator in the Palestinian reconciliation efforts, Hamas official Fawzi Barhum said in Gaza City.

Tensions between Hamas, which controls besieged Gaza, and the Fatah movement of Palestinian president Mahmoud Abbas have risen and recent clashes in the West Bank left four policemen, four Hamas fighters and a civilian dead.

Palestinian reconciliation

Fatah and Hamas have long been rivals but their feuding came to a head in June 2007The two factions have been at loggerheads since Hamas ousted forces loyal to Abbas from Gaza in a week of deadly street-fighting in June 2007.

A Fatah delegation discussed the reconciliation efforts with Egyptian intelligence chief Suleiman on Sunday.

Egypt, which hosted several rounds of talks between the rival factions, suggested a July 7 deadline for an agreement, a target that appears increasingly unlikely.

But Egypt insists that things can move forward, particularly after a speech by American President Barack Obama in Cairo on Thursday, in which he called for the creation of a Palestinian state.

Obama's speech "paves the way for the resumption of the political process and achieving peace in the region," a senior Egyptian official told MENA.

Palestinian reconciliation is seen as crucial to efforts to rebuild Gaza following the devastation wrought by Israel's 22-day assault that killed more than 1,400 Palestinians and destroyed more than 5,000 houses.


Four Hamas gunmen killed

It was one of the deadliest incidents since the end of the Gaza warMeanwhile, Israeli forces killed four Palestinian gunmen who tried to cross into Israel from Gaza, Hamas and Palestinian medical workers said.

The bodies of all four gunmen had explosives belts around them and two of the bodies were torn to shreds by explosions, the medics said after retrieving the remains.

The clash began when Palestinian gunmen, under cover of early morning fog, fired at an Israeli patrol near Karni crossing on the Israeli side of the border fence, residents and Hamas said.

A Hamas radio station said at least 12 Palestinian fighters, some on horseback, were wounded in the fighting near the Nahal Oz crossing with Israel east of Gaza City, they said.

An Israeli army spokesman said ground troops backed by a helicopter gunship engaged in firefight with fighters who had opened fire near the heavily-fortified frontier between Israel and the Hamas-ruled enclave.

Gunmen opened fire and detonated explosives against an Israeli force in the attack, according to Israeli military sources. No Israeli troops were reported to have been killed.

There was no immediate claim for the attack from any armed Palestinian group in Gaza.

It was one of the deadliest incidents since the end of Israel's massive offensive on Gaza.

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.

Permasalahan Sosial - Sampai Bila???

Mutakhir ini, permasalahan gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi dan tiada berkesudahan malahan sangat membimbangkan. Jumlah kes-kes yang dilaporkan menunjukkan permasalahan ini semakin parah. Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak sampai kepada pengetahuan umum. Ketika ini, saban hari kita didedahkan dengan pelbagai masalah gejala sosial di media-media cetak dan massa sehinggakan masyarakat tidak memandangnya sebagai sesuatu yang luar biasa, sudah lali, malah pasrah dengan masalah ini. Pada satu-satu masa dapat kita lihat kes-kes permasalahan sosial meningkat dengan begitu drastik sekali seolah-olah ada satu baja yang menjadi pemangkin kepada kesuburan masalah ini seiring dengan kemajuan yang dikejar-kejar oleh Malaysia. Semakin maju sesebuah negara itu, maka semakin maju jugalah permasalahan sosial yang terjadi di tengah-tengah umat. Siapa yang tidak pernah terbaca tentang jenayah rogol, liwat, cabul, sumbang mahram dan sebagainya. Dari kes remaja sekolah dirogol teman internet atau teman yang baru beberapa jam dikenali, kes bomoh merogol dan meraba pesakit, kes sumbang mahram melibatkan bapa kandung rogol anak kandung, abang kandung rogol adik kandung dan sebagainya.

Segelintir pihak menganggap ianya bukan urusan mereka, tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan mereka kerana ianya tidak terjadi di kalangan ahli keluarga terdekat, saudara-mara atau jiran tetangga. Namun begitu, tidak kurang juga yang sangat mengambil berat dengan isu-isu gejala sosial ini sehingga menjadikan ia sebagai isu perbincangan di mana-mana sahaja, masyarakat menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengutuk tindakan pelaku-pelakunya malah dijadikan juga sebagai bahan kajian atau tesis oleh para mahasiswa.

Akhbar The Star pada hari Isnin 27 April, 2009 melaporkan hampir 60% gadis berumur antara 13 hingga 15 tahun pernah melakukan hubungan seks disebabkan ingin membalas dendam terhadap ibu bapa yang telah mengabaikan mereka. Satu kes sumbang mahram dan sekali gus rogol berlaku di Johor Bahru ke atas seorang gadis berumur 15 tahun yang kini hamil 7 bulan, di mana bapa kandungnya dan sahabat bapanya telah merogolnya sejak dia berumur 12 tahun. Penolong Pesuruhjaya Suguram Bibi Munshi Deen, Ketua Bahagian Siasatan Penderaan Seksual Kanak-kanak, Bukit Aman pula melaporkan kes-kes rogol sehingga mangsa hamil di kalangan remaja meningkat sejak 2005 dan kes-kes berlaku kebanyakannya di bandar-bandar utama di sekitar Selangor, Johor dan Kedah dan statistik dari tahun 2005 sehingga 2008, menunjukkan 75% daripada mangsa rogol berumur 18 tahun dan sekurang-kurangnya 60% adalah gadis di bawah umur 16 tahun, manakala remaja lelaki berumur di bawah 18 tahun menyumbang antara 8.4% dan 13.6% sebagai pelaku dalam kes rogol. Jika kita telusuri dari laporan kes-kes yang berlaku hampir setiap hari dan statistik yang dikeluarkan oleh PDRM dan sebagainya, dapat kita simpulkan bahawa permasalahan ini sebenarnya disebabkan tiada sistem hukuman yang berkesan yang dapat menghukum pelakunya sehinggakan terdapat kes-kes yang dilakukan oleh pelakunya dilakukan berulang kali malah tidak kurang juga munculnya kes-kes baru yang menunjukkan hukuman yang dikenakan ke atas pelakunya langsung tidak menunjukkan umat takut dengan hukuman itu. Malah hukuman yang dikenakan juga tidak setimpal dengan apa yang dilakukan, lalu tidak hairanlah jika ada sahaja kes-kes baru yang dilaporkan.

Kaedah penyelesaian berdasarkan hukum akal
Kaedah penyelesaian yang disarankan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan sendiri tidak juga dapat menyelesaikan permasahan sosial yang sangat serius berlaku ketika ini bahkan memburukkan lagi keadaan di tahap yang sangat membimbangkan. Ini berpunca daripada konsep kebebasan yang diagung-agungkan oleh Barat dan telah meracuni pemikiran umat Islam sehingga ianya dijadikan sebagai asas dalam setiap tindakan dan perbuatan mereka. Standard/tolok ukur perbuatan halal dan haram dalam Islam tidak digunapakai dan tidak diendahkan lagi sebaliknya mereka lebih bangga memilih budaya Barat sebagai panduan hidup. Apabila perbuatan-perbuatan mereka dipertikaikan atau ditegah, maka mereka menggunakan istilah hak asasi manusia yang mana ia juga adalah idea Barat. Selain itu, apabila berlaku sesuatu permasalahan sosial di tengah-tengah masyarakat, ada sahaja pihak yang tampil dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi ada pula pihak-pihak lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan penyelesaiannya. Kebiasaannya yang menjadi mangsa yang dipersalahkan adalah ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya, media massa, internet dan sebagainya.

Sebahagian umat Islam melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakah rumah-rumah perlindungan untuk gadis-gadis liar yang telah hamil dengan harapan langkah ini akan dapat ‘menyelamatkan’ gadis-gadis yang terlanjur sehingga mereka dapat mencari jalan pulang. Akibatnya, sebahagian masyarakat berpendapat, tidak mengapa melakukan kesalahan kerana mereka boleh merujuk kepada pusat-pusat perlindungan ini.

Sementara itu, dalam hal ini pihak kerajaanlah kononnya yang seharusnya dipuji kerana tampil dengan kaedah penyelesaian yang hebat setiap masa. Setiap kali timbul permasalahan sosial yang baru, Parlimen menjadi medan untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara menggubal akta yang baru di samping meminda akta-akta yang sedia ada mengikut kesesuaian dan kemahuan mereka. Pemimpin-pemimpin Muslim dan kafir berkumpul, bersatu hati menjadikan hukum kufur Barat yang bersumber dari akal untuk tetap dipegang teguh dan letakkan di tempat yang tertinggi. Pihak kerajaan menjadikan pihak berkuasa sebagai penanggungjawab utama yang akan mengawal dan menyelesaikan segala permasalahan sosial yang timbul walhasil masalah ini tetap berlarutan dan pihak berkuasa hanya hebat dalam mengumpul dan mencatat statistik kes-kes berlaku. Jika dilihat dengan teliti, semakin giat kerajaan dan pihak-pihak berkenaan cuba menangani masalah tersebut dengan kaedah-kaedah penyelesaian mereka, maka semakin rancak pulalah kes-kes baru yang akan muncul. Oleh itu, sampai bilakah permasalahan ini akan selesai atau bolehkah permasalahan ini selesai dengan menggunakan sistem kufur Barat yang bersumberkan akal? Atau bagaimana sebenarnya permasalahan ini dapat diselesaikan dengan syari’at Islam?

Kaedah penyelesaian dalam Islam
Sesungguhnya sesuatu yang perlu kita ketahui dan sedia maklum, orang-orang kafir Barat tidak menjadikan agama sebagai panduan hidup mereka. Agama hanya untuk tujuan kerohanian semata-mata bagi memenuhi naluri beragama (gharizah at-taddayun). Namun begitu, mereka menjalani hidup seharian dan menyelesaikan masalah hidup mereka berpandukan akal semata-mata tanpa panduan daripada agama mereka. Ini sama sekali berbeza dengan umat Islam yang mempunyai panduan hidup yang mana kita pasti tidak akan sesat sekiranya kita berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. [TMQ Surah al-Baqarah (2): 208] Tetapi sayang sekali umat Islam hari ini lebih cenderung memilih panduan dan sistem yang mengatur kehidupan mereka selain daripada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Umat Islam menjadikan akal semata-mata sebagai sumber utama dalam penyelesaian masalah kehidupan malah mereka tidak menyedari bahawa mereka terus-menerus sesat. Justeru itu, buktinya memang telah nyata di mana semua permasalahan kehidupan umat tidak dapat diselesaikan hingga ke akar umbi tetapi mereka hanya menyembuhkan penyakit dengan mengubati simptom-simptomnya sahaja yang mana penyakit tetap sahaja tidak dapat disembuhkan dan masalah tetap sahaja tidak dapat dituntaskan. Ini adalah janji Allah Subhanahu wa Taala yang mana umat Islam pasti akan sentiasa dalam kesulitan sekiranya mengambil selain daripada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sepertimana dalam firman-Nya: “Dan tidaklah patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan mengenai sesuatu perkara (tidaklah patut mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang jelas nyata”. [TMQ Surah Al-Ahzab (33): 36]

Persoalannya sekarang, adakah umat Islam masih tetap dengan pendirian mereka untuk menjadikan akal sebagai sumber hukum? Sesungguhnya telah ada penyelesaian yang hakiki yang jelas dapat menyelesaikan segala macam masalah umat yang mungkin tidak terfikir dek akal manusia yang terbatas.

Penyelesaian hakiki yang dapat menyelesaikan semua permasalahan sosial umat yang akan dijelaskan di sini tidak lain dan tidak bukan adalah Islam yang menjadi satu-satunya solusi. Islam adalah ideologi yang sempurna dan lengkap dengan akidah dan syariah. Islam mempunyai akidah yang memancarkan sistem iaitu bahawa Islam mempunyai tatacara atau peraturan hidup yang mengatur segala urusan umat dan juga menyelesaikan dan memecahkan permasalahan yang dihadapi umat. Sebenarnya telah jelas kini bahawa segala punca permasalahan umat adalah kerana Islam tidak dijadikan satu-satunya panduan dan pegangan oleh umat Islam dan seterusnya tidak diterapkan di tengah-tengah kehidupan umat. Umat Islam terutamanya para pemimpin lebih cenderung memilih sistem kufur sebagai sumber hukum mereka seterusnya mengagung-agungkannya seolah-olah hanya sistem kufur sahajalah satu-satunya sistem yang ada di dunia ini yang sesuai untuk digunapakai.

Cara berfikir para pemimpin juga telah dipengaruhi oleh cara berfikir kafir Barat dan cara berfikir itulah yang telah dipaksakan ke atas rakyat di bawah pimpinannya. Para pemimpin mempunyai kuasa veto untuk membuat undang-undang sendiri sesuka hati mereka mengikut akal mereka tanpa ada perasaan takut meninggalkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sebagai sumber hukum tetapi mengambil undang-undang yang batil itu untuk diterapkan di tengah-tengah umat dan umat terpaksa mengikutinya samada setuju atau tidak. Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: “Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. [TMQ an-Nisa’ (4): 65]

Justeru itu, sesungguhnya permasalahan umat pastinya dapat diselesaikan sekiranya Islam dikembalikan sebagai peraturan hidup dengan mengambil Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sebagai satu-satunya sumber hukum dengan menerapkan hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala di tengah-tengah umat. Ini kerana sekiranya peraturan yang diterapkan daripada sumber yang haq, maka sudah pastinya tiada unsur-unsur yang tidak baik yang akan mendorong umat manusia untuk melakukan kerosakan atau perkara-perkara yang akan menyebabkan mereka dikenakan hukuman oleh negara. Apabila kita teliti dari segi aspek potensi kehidupan manusia, maka di situ kita akan dapat mengetahui bahawa potensi kehidupan terdiri daripada dua iaitu: 1) keperluan jasmani (al-hajat al-udhuwiyah) yang mana manusia memerlukannya untuk terus hidup iaitu seperti makan, minum, bernafas dan sebagainya, 2) naluri (al-gharizah) adalah khasiat yang merupakan fitrah yang terdapat dalam diri manusia agar manusia mendapatkan ketenangan dengan pemenuhan naluri ini. Permasahan sosial yang berlaku juga adalah di sebabkan oleh salah satu naluri iaitu naluri seksual (gharizah an-nau’) yang tidak diatur sesuai dengan Islam yang mana mengakibatkan berlakunya kes-kes rogol, sumbang mahram, zina dan sebagainya. Padahal Islam sejak awal-awal lagi telah mengatur kehidupan sosial manusia dengan menetapkan garis panduan yang lengkap iaitu sistem pergaulan dalam Islam (an-nizham al- ijtima’i) yang mana ianya hanya perlu dipatuhi dan diikuti, sebagai contoh, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat antara lelaki dan wanita, penetapan pakaian wanita Muslimah dan sebagainya. Sekiranya garis panduan dan peraturan ini dipatuhi, pasti ianya dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Beberapa garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk menikah melalui sabda Baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam: “Wahai para pemuda, siapa di antara kalian yang memiliki kemampuan, maka menikahlah, kerana menikah itu bisa menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan siapa yang tidak mampu, berpuasalah karena puasa itu bisa menjadi kendali baginya”. [Riwayat Bukhari, Kitab an-Nikah, no. Hadis: 5066]. Pernikahan ini akan dapat menyalurkan nafsu syahwat dengan jalan yang halal dan mengelakkan perzinaan.

2. Islam telah memerintahkan kepada manusia, samada lelaki atau pun wanita untuk menundukkan pandangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Katakanlah kepada lelaki Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (daripada zina), sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka lakukan. Katakanlah kepada wanita Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (daripada zina)”. [TMQ Surah an-Nur (24): 30-31] Dengan menundukkan pandangan, walaupun hukum asalnya mubah kerana yang dipandang adalah darah daging sendiri, seseorang akan dapat menghindari dirinya dari terjebak dalam gejala haruan makan anak.

3. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna yakni pakaian yang menutup seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka melabuhkan tudung (khimar) ke bahagian dada mereka”. (TMQ Surah an-Nur (24) :31]. Islam juga memerintahkan Muslimah untuk mengenakan jilbab sebagaimana maksud firman Allah: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita Mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. [TMQ Surah al-Ahzab (33) :59] Pada hari ini, kita menyaksikan wanita bebas mengenakan sebarang pakaian dan mendedahkan aurat mereka di tempat umum tanpa dikenakan hukuman oleh para penguasa menyebabkan kejadian rogol berlaku apabila rangsangan syahwat tidak dapat disalurkan pada jalan yang halal.

4. Islam melarang seorang wanita melakukan safar (perjalanan) dari suatu tempat ke tempat yang lain selama sehari semalam, kecuali jika disertai dengan mahramnya. Rasulullah Sallaulahhu Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya”. [HR Bukhari dan Muslim]

5. Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duaan), kecuali wanita itu disertai mahramnya. Rasullulah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak dibolehkan seorang lelaki dan wanita berkhalwat kecuali jika wanita itu disertai mahramnya”. [HR Muslim]. Realiti pada hari ini, masyarakat Islam seakan menganggap lelaki-wanita bebas berdua-duaan samada di tempat khusus seperti dalam kenderaan peribadi dan di khalayak ramai. Akibatnya, anak-anak gadis juga bebas membonceng motosikal lelaki yang baru dikenali hingga kehormatan mereka dicabul.

6. Islam melarang wanita untuk keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya atau walinya.

7. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jemaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jemaah (komuniti) kaum lelaki.

8. Islam sangat menjaga agar hubungan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam urusan muamalat, bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Justeru itu, ketetapan-ketetapan di atas wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam dan dalam memastikan ketetapan-ketetapan tersebut dipatuhi adalah menjadi tanggungjawab ahli masyarakat dan juga negara. Ini kerana Islam sebagai ideologi akan dapat dilaksanakan secara utuh apabila tiga asas penerapan hukum Islam ada dalam kehidupan umat iaitu: 1) ketaqwaan individu yang mendorongnya untuk terikat kepada hukum syara’ 2) kawalan masyarakat yang mana manusia memerlukan kepada manusia yang lain untuk mengawal dirinya, dan 3) negara Islam yang menerapkan syari’at Islam secara utuh.

Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya manakala negara bertanggungjawab mengenakan hukuman apabila umat melanggar sesuatu ketetapan yakni hukum syara’.Tanggungjawab Negara (Daulah) ini adalah dalam bentuk pelaksanaan hukuman seperti hudud untuk pesalah zina. Pelaksanaan hukum Islam sangat berkesan kerana ia mempunyai dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Apabila seseorang melakukan kesalahan, maka dia akan berhadapan dengan hukuman dari Al-Khaliq yang akan dilaksanakan oleh Negara (Daulah) dan dia juga tidak akan berhadapan dengan azab seksaan Allah Subhanahu wa Ta’ala di akhirat nanti.

Khatimah
Walaupun telah jelas nyata bahawa hukum Islam adalah satu-satunya penyelesaian yang hakiki kepada setiap permasalahan umat dan sebagai satu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna, tetapi umat Islam tetap mengambil hukum kufur untuk diterapkan di tengah-tengah umat. Walaupun, telah jelas pelbagai permasalahan umat terutamanya gejala sosial yang semakin meruncing, namun para pemimpin tidak pernah cuba memikirkan alternatif lain yang sebenarnya telah ada dihadapan mereka dan tidak perlu dicari-cari lagi. Penyelesaiannya adalah Islam semata-mata dan kerana itulah Islam disebut sebagai rahmatan lil ‘alamin. Ini kerana dengan Islam sahaja setiap umat samada lelaki dan wanita dapat melalui kehidupan mereka dengan aturan yang benar yakni aturan dari Allah Subhanahu wa Taala. Tetapi apakan daya, para pemimpin sangat teruja untuk memegang teguh tali ikatan kepada sistem kufur Barat. Mereka berusaha bersungguh-sungguh agar sistem kufur ini tetap diterapkan walau apa cara sekalipun.

Para pemimpin khususnya dan umat Islam amnya sepatutnya membuka mata mereka seluas-luasnya dan memikirkan sedalam-dalamnya bahawa permasalahan sosial dan permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi dalam kehidupan ini tidak sekali-kali akan dapat dituntaskan jika mereka tetap teguh dengan pendirian mereka untuk berpegang dengan sistem kufur Barat. Sesungguhnya Sistem Islamlah yang sangat diperlukan oleh umat dalam menghadapi situasi umat yang sangat kritikal ketika ini bukannya sistem kufur yang berlandaskan akal semata-mata. Dalam erti kata lain, kita sebenarnya memerlukan kekuasaan (Khilafah) yang dipimpin oleh seorang penguasa (Khalifah) yang akan melangsungkan kehidupan Islam dengan menerapkan hukum Allah Subhanahu wa Taala di muka bumi ini secara total sebagai peraturan hidup kepada umat manusia. Wallahu ‘alam bisshawab.