CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 22, 2009

BAcer nih..kelebihan zikir kpd OTAK manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Bacer ....nih manusia, malaikat dan setan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah

Adakah kau lupa!!! 27 Rejab PALESTIN.....

Tahukah antum semua bahawa hari ini 27 REJAB ialah bersamaan dengan tarikh pembebasan kota Al-Quds oleh seorang Panglima tentera? Beliau telah dimuliakan ALLAH sebagai pembebas kota suci umat islam; BAITULMAQDIS...
dan juga penghentak tentera salib yang terkenal dengan kewara'kannya dan kebijaksanaannya dalam mengatur strategi perang yang efektif........sehingga beliau dihormati teman dan digeruni lawan...........
SIAPAKAH BELIAU?????????
Namanya ialah Salahuddin Al-Ayubi....seorang mujahid yang menjadi inspirasi umat kini dan selamanya............
Beliau telah dimuliakan ALLAH sebagai pembebas baitulmaqdis yang kedua....selepas Khalifah kedua pada zaman khulafa' ar-rasyidin....iaitu Saidina Umar Al-Khatab R.A.......
Hari ini bumi Palestin merintih............
Dimanakah mujahidin ISLAM yang kuat semangatnya???
Dimanakah tentera muslimin untuk membebaskan kota kami???
Dimanakah JUNDULLAH yang dimuliakan ALLAH untuk membebaskan kami??
Siapakah pembebas ke-3 baitulmaqdis???
Kalaulah Salahuddin Al-Ayubi masih hidup sudah tentu dia akan akan menghentak tentera yahudi yang hakikatnya penakut yang tegar!!!!!
Ya ALLAH kau utuskanlah seseorang yang akan membebaskan PALESTIN untuk ketiga kalinya!!!!

Tidak mahukah kalian mejadi pembebas baitulmaqdis yang ketiga dalam sejarah??
Oleh itu marilah antum semua...ana menyeru marilah kita sama-sama menjadi penggempur tentera yahudi!!!!
Melalui apa yang kita termampu.....
Iaitu menegakkan ma'ruf....cegah mungkar!!!!
Ana merayu kepada antum semua agar berdoalah untuk seketika...Jikalau mampu bangun malam solatlah hajat untuk umat islam yang dahulunya dipandang tinggi yang hakikatnya sekarang menjadi umat yang dihina!
Berdoalah kalian agar akan turunnya nusrah ALLAH Taala....ke atas semua umat islam...
Ya ALLAH kau cabutlah penyakit Al- wahn yallah dari hati-hati kami...
Engkau masukkan semangat ghazi jihad fi sabilillah ke dalam hati kami
Moga- moga akan lahirnya sebuah Daulah khilafatul Islamiyyah 'ala minhajin nubuwwah yang akan menerangi penjuru alam dengan menerapkan wahyu dari 7 petala langit sebagai cara hidup.....
Iaitu KITABULLAH dan AS-Sunnah.....

Wallahu'alam bisshawab..........

adakah kita merasakan....

Adakah kita merasakan, belum tiba saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan kaum Muslimah serta agama Allah ini dari dihina oleh musuh-musuh Islam??

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Muslimah ini dengan pemikiran dan perasaan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah dan sedih yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk membela kekejaman dan penghinaan yang dilakukan keatas Marwa Sherbini ini. Inilah perintah dari Allah Subhanahu wa Taala:

¿Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong¿
Wallahu ¿alam bishawab [TMQ at-Taubah (9):73-74].

Tahukah antum semua pa yg berlaku pd 28 REJAB???

The month of Rajab gives us an opportunity to reflect on the obligation (fardiyah) of the Khilafah. Recent events - such as the Chinese persecution of Uighurs, France's attack on the Islamic dress code, America's assault on Afghanistan/Pakistan, and the siege of Palestine - point to the dire need of the Khilafah Rashida: the Islamic State that will rule by what Allah ¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿ has revealed and bring peace, justice, and security to the Ummah and all of humanity.

Next week on the 28th of Rajab, the Ummah will mark the 88th anniversary of the Khilafah's destruction. Since the abolishment of the Khilafah in 1342/1924, the Ummah has been subject to the dictates of the disbelieving colonial powers. These powers continue to rule the Muslim lands through their proxies and agent rulers. Also, many European states have increasingly shown their open hostility to the Muslims who reside there. In this issue, we explore some current news items and remind the Ummah that we are under constant threat. The only solution for the Ummah is to re-establish the Khilafah Rashida based on the political and intellectual method of the Prophet Muhammad

Somalia: 3.5 Million Muslims on the Edge



Bangkitlah Daulah Khilafah untuk kali kedua!!!

Wahai kaum Muslimin! Allah SWT telah mengurniakan kalian kemuliaan dengan deenul Islam yang diturunkanNya melalui Rasulullah SAW dan Dia juga telah memberi amaran kepada kalian melalui wahyuNya. Hanya kerana Islamlah kalian dikeluarkan untuk menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia. Kemuliaan dan kesejahteraan kalian bergantung kepada pelaksanaan deenul Islam sebagai cara hidup. Dan kesejahteraan ini bukanlah untuk kalian sahaja, tetapi untuk seluruh manusia, setelah manusia menanggung dan terus menanggung kekejaman di bawah kejahatan sistem buatan manusia. Tambahan lagi, penerapan cara hidup terbaik ini tidak akan mampu direalisasikan selagi Al-Quran diketepikan, dan selagi tidak ada sebuah Negara yang akan menerapkan segala ajarannya dan membawa risalah ini ke seluruh dunia - iaitu melalui Negara Khilafah ala minhaj nubuwwah - yang akan membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan.

Ingatlah wahai saudaraku! Dalam keadaan kalian diselubungi kemewahan mahupun penderitaan, Allah SWT tidak akan menghantar para malaikat untuk menubuhkan Negara Khilafah, sebaliknya ia (penubuhan Khilafah) merupakan kewajipan yang wajib diusahakan oleh kalian, sebagaimana ia kewajipan yang telah diusahakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang telah menubuhkan Negara Islam Madinah. . Carilah limpah kurnia Allah untuk bersama dengan sebuah parti yang berusaha untuk mewujudkan rahmat Allah ke seluruh alam. Moga-moga dengan sokongan kalian, janji Allah SWT untuk memberi kemenangan dan kekuasaan serta khabar gembira yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW bahawa Khilafah akan kembali semula akan dapat direalisasikan, Insya Allah. Wahai kaum Muslimin! Kalian adalah pembawa cahaya kepada alam dan kalian adalah orang yang selayaknya memimpin dunia, dengan Islam.

¿Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya¿ [TMQ al-Anbiya¿ (21):21].